Kembali
Ulang Tahun Memperingati Peristiwa 7 Oktober
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Oct 7, 2026

๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฌ๐๐๐ฎ๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง
Al-Quran, al-Sunnah dan sejarah perjuangan para sahabat ridhwanullahu alaihim telah membentangkan kepada umat Islam bahawa kemenangan sebenar mempunyai pengertian yang agak berbeza.
Sekurang-kurangnya ada empat pengertian kemenangan yang digariskan oleh para ulama menurut Islam:
๐. ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ญ๐จ๐ญ๐๐ฅ
Contohnya perang Talut bersama Nabi Daud memerangi Jalut, perang Badar, al-Ahzab dan sebagainya.
Firman Allah SWT:
โOleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut.โ
(Surah al-Baqarah ayat 251)
๐. ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐ฉ๐๐ซ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ก
Contohnya selamatnya Nabi Musa dan kaumnya daripada kezaliman kerajaan Firaun.
Firman Allah SWT:
โHingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkan sesiapa yang Kami kehendaki.โ
(Surah Yusuf ayat 110)
๐. ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐ข ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ซ๐ ๐ ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก
Ini disebutkan secara sarih (jelas).
Firman Allah SWT:
โTiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.โ
(Surah Ali Imran ayat 185)
๐. ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ฌ๐๐๐๐ซ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ค๐ฐ๐๐ก ๐ฐ๐๐ฅ๐๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ค๐๐ก๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ง๐ฒ๐๐ฐ๐
Kemenangan seperti ini berlaku dalam kisah Ghulam, kisah para rasul dan sahabat.
Dalam kisah penduduk Ashabul Ukhdud dan Ghulam yang terbunuh, Allah SWT menyifatkan mereka telah mencapai kemenangan yang besar. Firman Allah SWT:
โSesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.โ
(Surah al-Buruj ayat 11)
Begitulah dengan Ghulam yang telah dibunuh oleh anak panah yang dilepaskan raja. Sebelum anak panah itu dilepaskan, si raja itu menyebutkan:
โDengan nama Allah Tuhan si Ghulam.โ
Anak panah tersebut menembusi dahi si Ghulam.
Tangan beliau sempat diangkat untuk memegang anak panah tersebut, akhirnya beliau pun mati.
Para penduduk yang berada di hadapannya melihat kejadian yang sedang berlaku lalu berkata:
โKami beriman dengan Tuhan Ghulam, kami beriman dengan Tuhan Ghulam, kami beriman dengan Tuhan Ghulam.โ
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Dalam kisah ini, kematian Ghulam menyebabkan penduduk Ashabul Ukhdud memasuki agama Islam walaupun beliau sendiri telah kehilangan nyawa. Begitu jugalah penduduk al-Ukhdud yang dibunuh dengan api yang menyala. Mereka adalah orang yang dihukum bunuh dengan azab api hanya kerana mempertahankan iman mereka.
Firman Allah:
โDan mereka tidak marah dan menyeksa orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!โ
(Surah al-Buruj ayat 11)
Justeru, daripada penjelasan empat kemenangan dalam Islam di atas, bagaimana pula dikaitkan dengan 7 Oktober yang disifatkan sebagai sebuah kemenangan?
Pertamanya, perlu difahami bahawa sebelum 7 Oktober 2023, para pejuang dan seluruh penduduk Gaza telah menerima sekitar lima kali pembunuhan dan penyembelihan besar-besaran dalam keadaan masih dikepung sepenuhnya dengan tembok, kawalan tentera dan sebagainya.
Semua ini adalah maklumat yang asas dan amat mudah untuk didapati dan difahami. Hanya orang Islam yang buta hatinya sahaja tidak menerima keadaan di Gaza sejak 2006 sehingga 2023.
Para pejuang telah berusaha untuk menyelamatkan diri mereka termasuk dengan menggunakan jalan diplomasi, perdamaian, demonstrasi dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku, Gaza terus dikepung oleh pihak penjajah dengan bantuan Amerika Syarikat, Mesir, negara Eropah dan sebahagian negara Islam yang lain.
Jalan ketenteraan adalah pilihan yang terakhir untuk digunakan bagi memulakan serangan. Walaupun jalan ini sah menurut undang-undang antarabangsa dan agama Islam, pihak pejuang mengetahui batasan kekuatan mereka untuk berdepan sebuah entiti yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kekuatan ketenteraan di peringkat antarabangsa.
Dipendekkan cerita, berlakulah peristiwa 7 Oktober 2023 oleh para pejuang untuk sekurang-kurangnya:
1. Membebaskan ribuan tahanan Palestin dalam kalangan kanak-kanak, wanita dan pimpinan pejuang dari penjara Israel melalui pertukaran tebusan.
2. Menuntut hak mereka sebagai manusia untuk terus hidup dengan bermaruah.
3. Mengingatkan dunia Islam dan Arab khususnya agar tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.
Untuk lebih mengetahui tentang peristiwa 7 Oktober, boleh baca dalam buku Taufan al-Aqsa dan Legasi Yahya al-Sinw@r (link di komen).

Diceritakan dengan lebih terperinci daripada sudut latar belakang, operasi ketenteraan dan implikasinya.
Umat Islam perlu melihat isu Palestin bukan hanya di lapangan, tetapi lihatlah di seluruh dunia dan dari sudut yang berbeza-beza termasuk politik antarabangsa dan dalaman, ekonomi, sosial dan sebagainya.
Bahkan, jika benarlah Gaza yang kecil itu telah sangat lemah dan kalah, lama lagi pihak penjajah telah menguasainya, memacakkan bendera Israel di setiap daerah dalamnya dan mengeluarkan penduduk Gaza daripadanya. Tetapi semua ini tidak berlaku kerana bantuan Allah SWT.
Namun setelah tiga tahun, pihak penjajah masih mengharapkan belas kasihan dan bantuan daripada Amerika Syarikat, negara Eropah dan negara Islam dan Arab bagi membantu memerangi Gaza yang kecil ini.
Kini mereka cuba untuk menekan pihak H4m@s melalui jalan politik iaitu Board of Peace dengan bantuan tentera antarabangsa yang dinamakan International Stabilization Force (ISF).
Di peringkat antarabangsa, daripada pelbagai sudut, terlalu banyak perkembangan positif untuk Palestin yang tidak berlaku selama 100 tahun ini hasil kesabaran dan pengorbanan seramai 74 ribu penduduk dan ratusan ribu mengalami kecederaan. Moga-moga ini juga adalah kemenangan keempat yang digariskan di atas.
Namun cukuplah penulis menggariskan empat kemenangan utama:
1. ๐๐ฆ๐๐๐ค ๐๐จ๐ข๐ค๐จ๐ญ ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ค๐ข๐ง ๐ค๐ฎ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐ฌ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐ก ๐ค๐ ๐๐ก๐ฅ๐ข ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค
Terbaru, seorang artis dari UK, Ed Sheeran ditolak dan dijadikan bahan jenaka seluruh dunia hanya kerana tidak mengambil bahagian dalam menyatakan sokongannya terhadap Palestin.
Bagaimana pula artis yang jelas-jelas menyokong idea Zionisme, tentu lagi ditolak. Contohnya Gal Gadot yang sendiri mengakui filem yang beliau lakonkan tidak laku dan beliau sendiri tidak digemari hanya kerana sokongannya kepada Israel.
Begitu juga boikot di peringkat ekonomi. Sebahagian negara Eropah mengenakan sekatan terhadap barangan yang diambil daripada Tebing Barat. Begitu jugalah banyak syarikat di seluruh dunia yang muflis kerana dianggap bekerjasama dengan IDF.
๐. ๐๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ก๐๐ง๐ฒ๐ ๐ฅ๐๐ ๐ข ๐๐ข๐ฌ๐๐๐๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐๐๐ง, ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ๐ข ๐ฆ๐๐ก๐ฎ ๐๐ฌ๐ซ๐๐๐ฅ ๐ค๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ง
Dr Azzam al-Tamimi berkongsi, pada tahun 80-an, orang memperjuangkan isu Palestin disebabkan simpati kepada orang Palestin. Tetapi hari ini, orang memperjuangkan isu Palestin disebabkan mahu Palestin merdeka dan mahu Israel kalah. Bukan hanya kalah di Palestin sahaja, tetapi mengalami kekalahan di negara mereka. Dalam erti kata lain, tiada lagi pengaruh Israel di negara mereka.
Dengan adanya kemudahan untuk mendapatkan pendedahan isu Palestin di laman media sosial, semakin mudah untuk bertambah penyokong isu Palestin. Bahkan, boleh dikatakan mustahil untuk mana-mana manusia berakal waras masih menyokong rejim Zionis selepas meneliti isu Palestin walaupun secara tidak mendalam.
๐. ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐๐ข ๐๐ฆ๐๐ซ๐ข๐ค๐ ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐๐ข๐ฌ๐๐๐๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ง
Zohran Mamdani, Rashida Tlaib, Ilhan Omar, Abdul al-Sayid dan ramai lagi menang di arena politik mereka disebabkan menyokong isu Palestin dan menolak duit lobi Israel. Manakala, sebahagian lagi ahli politik kalah dan semakin berkurang sokongan disebabkan tidak menyokong Palestin seperti Andrew Cuomo, Kamala Harris, Haley Stevens dan ramai lagi.
Bahkan, untuk pertama kalinya dalam sejarah Amerika Syarikat, JD Vance mengeluarkan kenyataan menyalahkan Israel kerana merosakkan pelan perdamaian yang dirancangkan oleh Trump. Antaranya kenyataannya:
โKita tidak boleh membiarkan dasar Amerika di Timur Tengah menjadi tunduk kepada kepentingan Israel.โ
Hal ini kerana Israel adalah punca perang dan ketidakstabilan yang sedang berlaku di Asia Barat.
Hal ini penting. Amerika Syarikat adalah nyawa dan talian hayat utama bagi rejim Zionis. Tanpanya, tiadalah nyawa Israel.
Ketika berlaku Intifadah al-Aqsa kedua, Dr Abdul Wahab al-Masiri menyatakan simpati yang diberikan oleh masyarakat dunia kepada orang Palestin tidak akan memberi kesan yang besar. Hal ini kerana kekuatan Israel bukan daripada dalam, tetapi daripada luar: Amerika, negara Eropah dan negara Arab.
๐. ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ซ๐ฅ๐๐ก ๐ค๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ง๐๐ซ ๐ค๐๐ญ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐ง ๐ซ๐๐ฃ๐ข๐ฆ ๐๐ข๐จ๐ง๐ข๐ฌ
Terakhir, perkara yang paling penting adalah rejim Zionis ini sebenarnya tidaklah sekuat mana. Dr Sami Arian menyebutkan, sebelum 7 Oktober 2023, rejim Zionis beranggapan merekalah ketua di Asia Barat. Kekuatan ketenteraan mereka tidak boleh dicabar dan dikalahkan. Namun selepas tiga tahun, rejim ini kalah secara ketenteraan di setiap penjuru: Gaza, Lubnan, Yaman dan Iran.
Paling ketara sekali adalah di Gaza dan selatan Lubnan. Rejim ini telah kerugian ribuan kenderaan berperisai mereka, puluhan ribu nyawa tentera IDF telah kehilangan nyawa atau mengalami kecederaan.
Manakala disebabkan serangan udara daripada Iran pula, bandar-bandar utama mengalami kerosakan besar. Sedangkan bandar-bandar ini dikatakan selamat disebabkan sistem pertahanan udara paling mahal di dunia seperti Iron Dome, Davidโs Sling dan sebagainya.
Terakhir, untuk mengatasi Yaman (Houthi) pula, kelihatannya Muhammad bin Salman (Arab Saudi) sedang menghadapinya dengan bantuan rakyat Yaman sendiri dan bantuan perisikan daripada pihak rejim Zionis dan Amerika Syarikat bagi melancarkan serangan udara.
Selain daripada empat perkembangan ini, terlalu banyak lagi perkara yang penting berkaitan isu Palestin. Pembaca perlu faham, perkembangan sangat laju dan jika tidak diikuti, pastinya akan ketinggalan.
Berbaki satu lagi persoalan, bilakah akan kemenangan yang sebenar? Adakah Palestin akan bebas pada tahun 2027?
Akan bersambung, insya-Allah SWT.