Kembali
Sifat Pengkhianat Kaum Yahudi: Tafsiran al-Quran dan Realiti Semasa
Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Oct 31, 2025

Sifat Pengkhianat Kaum Yahudi: Tafsiran al-Quran dan Realiti Semasa
Amerika sekali lagi membenarkan Netanyahu melakukan pembedilan pada 29 Oktober lalu, menyebabkan kira-kira 104 orang syahid di seluruh Ga_za. Jumlah itu bukanlah kecil, malah sekitar 24 daripadanya ialah kanak-kanak. Kalau diterbalikkan situasi, sekiranya 100 tentera IDF gugur atau diculik, sudah tentu Netanyahu, Amerika dan Barat akan melancarkan genosid ke atas Ga_za serta-merta.
Pembedilan kali ini dilaporkan sebagai serangan balas terhadap kematian seorang tentera Yahudi, Yona Efraim Feldbaum, di Rafah. Pihak penjajah menuduh pasukan pejuang telah membunuhnya. Namun Ha_ma_s telah menafikan penglibatannya. Mereka kini sibuk membina semula Ga_za, menjaga keselamatan dan mencari mayat tebusan di bawah runtuhan. Ini merupakan kali kedua Ha_ma_s dituduh membunuh tentera Yahudi; kali pertama berlaku pada minggu lalu apabila dua tentera Yahudi gugur akibat letupan di sebuah bangunan.
Namun, dalam setiap pertuduhan yang diberikan, pihak penjajah gagal memberikan walaupun satu bukti konkrit. Sedangkan Rafah ialah daerah yang telah dikosongkan sejak tahun lalu. Hampir tiada penduduk awam yang masih berbaki di daerah tersebut. Tambahan pula, mereka mempunyai kelebihan teknologi untuk merakam dan meninjau kedudukan tentera yang sedang beroperasi. Dalam keadaan ini, pihak musuh masih tidak dapat membuktikan bahawa pihak pejuang yang membunuh tentera mereka.
Selain itu, hal ini juga menunjukkan kelemahan tentera Yahudi. Dalam daerah yang telah dikosongkan dan musnah sepenuhnya, mereka masih gagal menjaga nyawa sendiri. Sebenarnya, inilah yang berlaku sepanjang dua tahun operasi ketenteraan Yahudi selama 733 hari di Ga_za. Selain mereka yang gugur akibat diserang peluru Yasin 105, bahan letupan al-Syuaz dan sebagainya, ramai antara mereka gugur akibat kemalangan, tertembak sesama sendiri kerana panik, malah ada yang mengambil nyawa sendiri. Sikap mereka yang lemah, tidak peka dan tidak cekap diakui sendiri oleh penganalisis ketenteraan.
Di Mana Qatar, Turkiye dan Mesir Sebagai Penjamin?
Serangan yang dilakukan oleh pihak penjajah amatlah tidak munasabah. Tentera Yahudi yang gugur itu berada di Rafah, selatan Ga_za, tetapi sebagai balasan, pihak penjajah mengeb_om hampir seluruh Ga_za termasuk Bandar Ga_za, Khan Younis dan Deir al-Balah serta kawasan sekitarnya. Sasaran pengeb_oman seperti yang didakwa ialah kubu-kubu tentera pejuang, namun realitinya rumah-rumah orang awam yang menjadi mangsa. Hal ini menyebabkan jumlah kematian yang tinggi dalam kalangan orang awam, dan 24 daripadanya ialah kanak-kanak.
Dalam hal ini, tidak wajar mengharapkan Amerika Syarikat menghentikan serangan tersebut kerana merekalah yang membekalkan senjata dan perlindungan politik kepada Netanyahu. Kini pihak penjajah telah melanggar sebanyak 126 kali perjanjian gencatan senjata, namun tiada satu pun yang diiktiraf oleh Amerika Syarikat. Mereka bahkan tidak menghantar seorang pun wakil untuk berada di bumi Ga_za secara fizikal bagi memastikan gencatan senjata dipatuhi dan pengeboman tidak berlaku.
Oleh itu, yang sepatutnya mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku ialah negara-negara yang telah menjadi penjamin, antaranya Qatar, Turkiye dan Mesir. Ia telah ditandatangani, dipersetujui dan diraikan dengan perayaan penamatan perang di Sharm al-Syeikh untuk memberitahu dunia bahawa Amerika Syarikat serta negara-negara penjamin telah menamatkan peperangan. Namun, apa bezanya sekiranya pembedilan masih terus berlaku dan tiada siapa berani mengiktiraf bahawa Netanyahu telah melanggar perjanjian gencatan senjata?
Maka penting untuk ditegaskan bahawa jaminan utama untuk memastikan Pales_tin merdeka adalah dengan meneruskan usaha global yang dilakukan selama dua tahun berlakunya geno_sid daripada seluruh dunia. Protes, doa, sumbangan dan seumpamanya dengan kadar yang lebih besar dan ramai. Tiada makna gencatan senjata seperti yang didakwa selagi pihak penjajah berasa tidak tercabar atas jenayahnya.
Sifat Pengkhianat Yahudi Zionis
Ini juga adalah realiti yang tidak boleh dicabar. Sebahagian bangsa Yahudi merupakan kumpulan manusia yang sentiasa mengutamakan prinsip zalim mereka tanpa mengira nilai agama, kemanusiaan, persaudaraan atau kesetiaan kepada janji. Hal ini dijelaskan oleh Syaikh Solah al-Khalidi dalam bukunya Syakhsiah Yahudi daripada al-Quran.
Firman Allah SWT:
فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَـٰقَهُمْ لَعَنَّـٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَـٰسِيَةًۭ ۖ يُحَرِّفُونَ ٱلْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ ۙ وَنَسُوا۟ حَظًّۭا مِّمَّا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦ ۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَآئِنَةٍۢ مِّنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًۭا مِّنْهُمْ ۖ
Terjemahannya:
“Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang diperingatkan kepada mereka dengannya. Dan engkau sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit daripada mereka (yang tidak berlaku khianat)”.
(Surah al-Maidah, ayat 13)
Sekali imbas, ayat ini seolah-olah menggambarkan keadaan semasa. Pihak Yahudi Zionis sentiasa mungkir janji, berhati keras, mengubah ketetapan yang telah tertulis sebagai helah, serta meninggalkan perintah yang telah diperingatkan. Ayat ini juga mengingatkan bahawa kaum ini akan terus melakukan pengkhianatan kecuali sedikit daripada mereka.
Ringkasan Penjelasan ayat daripada Syaikh Solah al-Khalidi
1. Asas pengkhianatan mereka ialah kerana mereka tidak menghormati perjanjian dengan Tuhan. Jika perjanjian dengan Tuhan pun tidak mereka hormati bahkan mereka mengubah Taurat yang diturunkan kepada mereka, apatah lagi perjanjian sesama manusia. Daripada sikap inilah lahirnya keganasan, hati yang keras dan pelbagai jenayah buas terhadap manusia.
2. Ayat ke-13 Surah al-Maidah menunjukkan kesinambungan sikap buruk Yahudi dalam al-Quran: melanggar perjanjian, menukarkan kitab Taurat dan mengkhianati janji.
3. Orang Yahudi layak dihukum oleh Allah akibat perbuatan dosa mereka, mengkhianati janji, melakukan maksiat dan sebagainya. Ini ialah sunnatullah; sesiapa yang berbuat dosa layak menerima hukuman. Maka tidak hairanlah mereka dipecah-belahkan di dunia dan dilaknat oleh bangsa lain.
4. Allah SWT mengingatkan bahawa pengkhianatan kaum Yahudi ini berulang-ulang. Firman-Nya: “Dan engkau sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan.” Ia terbukti pada zaman Rasulullah SAW selepas hijrah ke Madinah, seperti pengkhianatan Bani Nadir, Bani Qainuqa’, Bani Quraizhah, Khaibar, Fadak dan Taima.
5. Ayat ini juga menjadi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa berhati-hati terhadap sikap pengkhianat Yahudi dalam semua aspek dan sepanjang zaman.
Kata Syaikh:
هم خائنون مع انبيائهم، وهم خائنون مع المسلمين، وهم خائنون مع حلفائهم، وهم خائنون مع عملائهم، وهم خائنون مع أعدائهم.
Terjemahannya:
Mereka pengkhianat terhadap para nabi mereka, mereka juga pengkhianat terhadap umat Islam, terhadap sekutu-sekutu mereka, terhadap penyokong mereka, malah terhadap musuh-musuh mereka sendiri.
6. Syaikh menegaskan bahawa ayat suci ini seolah-olah menggambarkan keadaan dunia hari ini. Walaupun ditekan oleh Amerika dan dunia sendiri, mereka masih terus melakukan pengkhianatan.
Buku ini ditulis pada tahun 1986, dan beliau meninggal dunia pada tahun 2022 di Amman, Jordan. Beliau merupakan anak kelahiran Palestin, namun ketika menyambung pengajian di Mesir, rumahnya telah dirampas oleh pihak penjajah menyebabkan beliau tidak dapat pulang ke tanah asalnya.
Allah Tidak Mengharamkan Berurusan dengan Orang Yahudi
Ini tidak bermakna haram untuk berurusan dengan orang Yahudi. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menggadaikan baju perangnya kepada seorang Yahudi untuk membeli gandum.
Daripada Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran ditangguhkan dengan menggadaikan baju besinya.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tambahan pula, salah seorang isteri baginda juga berasal daripada kabilah Yahudi, iaitu Safiyyah binti Huyay. Oleh itu, berurusan dengan orang Yahudi adalah seperti berurusan dengan orang lain hukumnya adalah harus.
Namun, banyak ayat al-Quran menjelaskan kepada umat Islam tentang kejahatan Yahudi kerana ia telah berlaku sejak sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan dan berterusan ketika baginda menyampaikan dakwah selepas hijrah ke Madinah.
Syaikh Solah al-Khalidi menegaskan bahawa antara hikmah Allah SWT menceritakan banyak tentang mereka ialah kerana Allah mengetahui bahawa pertempuran besar dan panjang akan berlaku antara umat Muhammad SAW dengan orang Yahudi.
Semoga al-Quran menjadi pedoman kepada para pejuang Islam untuk menganalisis sikap musuh dan mengatur langkah seterusnya sehingga mencapai kemerdekaan yang diredai Allah.
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif