Kembali

Matlamat US dalam menyertai perang Iran-Israel

Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Jun 23, 2025

Entiti Zi@nis yang lemah kini bergantung kepada campur tangan Amerika untuk mempertahankan kepentingannya

Serangan Amerika ke atas tiga lokasi fasiliti nuklear Iran merupakan pengiktirafan bahawa Amerika mahu berperang dengan Iran secara rasminya. Amerika kini menunjukkan penolakan terhadap sebarang usaha diplomatik berkaitan program nuklear Iran, tidak seperti pendekatan sebelumnya yang lebih terbuka kepada rundingan.

Tindakan Donald Trump juga membawa mesej bahawa Iran perlu menghentikan program nuklearnya secara total atau kemungkinan Amerika akan terus menyerang Iran.

Tetapi di sebalik serangan ini, ia berpunca daripada negara Zi@nis dalam keadaan amat tidak selamat dan huru-hara. Negara penjajah ini tidak menjangkakan kemampuan Iran untuk melancarkan serangan udara berskala besar dan berkesan. Hal ini menyebabkan banyak kawasan strategik dan bandar utama seperti Tel Aviv, Haifa, dan Be'er Sheva dilaporkan menjadi sasaran serangan bertubi-tubi.

Laporan turut menyebutkan pihak rejim Zi@nis menghadapi kekurangan peluru berpandu untuk menepis roket-roket yang dilepaskan daripada Iran termasuk di kawasan penting seperti bangunan bursa saham, pejabat Mossad dan sebagainya.

Setelah lebih 600 hari negara rejim Zi@nis berperang dengan entiti-entiti yang kecil dan tidak mempunyai ketenteraan yang kuat seperti, pihak pejuang dari Gaza, Hizbullah, Houthi dan sebagainya, kini mereka berhadapan sebuah negara yang sejauh 1500km, mempunyai ribuan roket, sistem pertahanan udara tersendiri, memiliki bilangan tentera darat melebihi setengah juta, mustahil untuk menjajah di atas darat kerana kelebihan geografi, mampu menghidupkan semula proksi bersenjata di negara jiran dan tidak takut pada Amerika serta Eropah.

Kepimpinan Zi@nis kini dilaporkan dalam keadaan panik dan kekal berjaga-jaga terhadap serangan susulan. Jutaan rakyat pendatang Yahudi mahu meninggalkan negara, tetapi dihalang menggunakan lapangan terbang.

Kekuatan ketenteraan digunakan untuk bersedia terhadap ancaman tanpa henti daripada Iran dalam masa yang sama masih melakukan genos!d ke atas Gaza.

Ekonomi Zi@nis terus terjejas akibat boikot antarabangsa, dan kini perhatian mereka terpaksa dibahagi antara jenayah ketenteraan di Gaza dan ketegangan dengan Iran.

Jika konflik ini tidak dikawal, ia boleh mengakibatkan jangka hayat negara Zi@nis boleh terancam.

Jika menghadapi Gaza yang kecil pun memerlukan bantuan ketenteraan daripada Amerika dan negara Eropah sudah tentu berperang dengan Iran jauh lebih lagi perlu.

Kita tidak menafikan Iran juga mengalami kerugian dan kemusnahan yang di luar jangkaan mereka.

Jadi inilah konteks yang di sebalik serangan Amerika ke atas Iran baru-baru ini. Fokus sebenar mungkin bukan sekadar isu nuklear, tetapi langkah strategik untuk melindungi rejim Zi@nis yang merupakan sekutu utama dan proksi Amerika Syarikat di Asia Barat.

Namun Iran memberikan reaksi bahawa serangan ke atas tiga lokasi tersebut tidak menjejaskan keupayaan mereka dalam membangunkan fasiliti senjata nuclear yang terbina jauh lebih dalam di bawah gunung (sedalam 90 meter) dan mempunyai sistem perlindungan yang kuat.

Mereka turut memberikan reaksi bahawa sebahagian bahan yang diperlukan telah dipindahkan ke lokasi yang selamat sebelum serangan dilakukan.

Ini merupakan jawapan daripada Iran yang sudah tentu boleh difahami dengan pelbagai sudut. Boleh jadi ini merupakan helah Iran untuk menunjukkan kepada rakyat Iran bahawa kerajaan masih kuat dan tidak terkesan dengan ancaman Donald Trump.

Hal ini kerana, peperangan ini Amerika Syarikat masih dianggap sebagai kuasa ketenteraan paling dominan di dunia. Oleh itu sokongan rakyat dan para menteri terhadap kemampuan kerajaan mesti kuat.

Akibat serangan Amerika juga ini memberikan sebab kepada Iran untuk memiliki senjata nuklear untuk pertahankan dirinya. Bukan sekadar itu, serangan ini menggalakkan Iran untuk bangkit dengan senjata lain mempertahankan dirinya termasuk menggunakan Selat Hormuz yang merupakan laluan penting eksport minyak dunia, membawa hampir 20% bekalan global.

Negara-negara Teluk seperti Arab Saudi, Iraq, UAE, Kuwait, Qatar, dan Iran mengeksport minyak mentah mereka melalui laluan ini ke pasaran global (termasuk Asia dan Eropah).

Selain daripada itu, 40,000 rakyat Amerika di Asia Barat termasuk anggota tentera, diplomat, kontraktor dan warga awam turut menjadi taruhan. Bermakna Iran tidak perlu pun membalas serangan ke atas tanah air Amerika yang sejauh 10,500 kilometer.

Reaksi sepatutnya bagi umat Islam

Negara Islam sepatutnya sedar bahawa ini merupakan peluang untuk melumpuhkan sebuah negara penjajah yang berumur 77 tahun, yang pernah membakar Masjid al-Aqsa dan mengepung Gaza lebih 17 tahun sambil melakukan genosid ke atasnya lebih 600 hari.

Rakyat Palestin telah berjuang dengan nyawa, jiwa dan harta mereka untuk memerdekakan Masjid al-Aqsa dan Palestin hampir 100 tahun lamanya. Mereka tidak mempunyai kekuatan ketenteraan yang lengkap bahkan jauh dari sempurnya tetapi mereka beriman dengan perlindungan daripada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Semalam di G@za, sekumpulan pemuda di daerah Khan Younis mengejar sebuah kenderaan berperisai yang dalamnya masih ada askar Zi@nis. Para pemuda terbabit melepaskan tembakan terhadap kenderaan tersebut tanpa rasa takut dan gentar.

Manakala musuh pula kekal berada di dalam perisai tersebut ketakutan, tidak berani langsung untuk keluar bersemuka dan melarikan diri dari pemuda Gaza yang serba kekurangan ini.Benarlah firman Allah SWT:

لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ

Mereka tidak akan memerangi kamu secara beramai-ramai melainkan di kampung-kampung (perlindungan) yang berbenteng kukuh atau dari sebalik tembok. (Surah al-Hasyr: 14)

Kesimpulannya, dari peringkat pimpinan paling atas negara Zi@nis yang kini berperang dengan Iran sehinggalah ke peringkat tentera yang sedang berkhidmat di Gaza, mereka semua pengecut, tidak berani untuk keluar berdepan secara terbuka dengan musuh dengan cara lelaki (rajulah: Keberanian seorang lelaki).

Menjadi tanggungjawab untuk umat Islam menyedari hakikat ini dan menyiapkan negara masing-masing untuk memerangi musuh dengan kekuatan ketenteraan, politik dan ekonomi seperti yang difatwakan oleh Kesatuan Ulama Islam April lalu.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif