Kembali
๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐ช๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ค๐๐๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฎ๐ก ๐ฅ๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ซ๐๐๐ก๐๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ค๐ค๐๐ก
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Sep 21, 2026

๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐๐๐ซ๐๐ง๐๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ง, ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ฎ๐๐ซ๐, ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐ช๐ฌ๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐จ๐๐จ๐ก, ๐๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐ฆ๐๐ญ?
Masjid al-Aqsa sama kemuliaannya dengan Makkah. Kedua-duanya dibina oleh kekasih Allah, Nabi Ibrahim AS. Kedua-duanya juga merupakan kiblat bagi umat Muhammad SAW. Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Muhammad selama 16 bulan sebelum bertukar kepada Masjid al-Haram.
๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐ช๐ฌ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐
Begitu juga dalam al-Quran, Allah menggabungkan Masjid al-Aqsa dan Makkah dalam surah yang sama di dua lokasi. Firman Allah SWT dalam Surah al-Tin:
ูููฑูุชููููู ูููฑูุฒููููุชููููุ ููุทููุฑู ุณูููููููุ ููููููฐุฐูุง ูฑููุจูููุฏู ูฑููุฃูู ูููู
1. Demi buah Tin dan Zaitun,
2. dan Gunung Tursina,
3. serta negeri (Makkah) yang aman ini.
Kata al-Imam Ibn Kathir, ayat pertama yang menyebut kedudukan buah al-Tin dan al-Zaytun adalah di Baitul Maqdis, iaitu tempat Allah mengutuskan Nabi Isa AS. Ayat kedua pula menyebut Gunung Tursina yang bermaksud Gunung Sina. Di situ berlaku perbualan antara Allah SWT dan Nabi Musa bin Imran AS. Ayat ketiga pula menyebut Makkah, yang merupakan tempat aman dan tempat diutuskan Nabi Muhammad SAW.
Seterusnya, dalam Surah al-Israk, Allah juga menggabungkan Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Haram dalam ayat yang sama:
โMaha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin).โ
Tidak cukup dengan ini sahaja, terdapat pelbagai hadis sahih lain yang menggabungkan Masjid al-Aqsa dan Makkah untuk mengukuhkan kepentingan kedua-dua rumah Allah ini.
๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ฐ๐ ๐๐ฌ๐ซ๐๐ค ๐๐๐ง ๐๐ข๐ค๐ซ๐๐ฃ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ค๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐ ๐๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐ช๐ฌ๐
Bukan sekadar itu, untuk mengukuhkan hubungan antara dua rumah Allah yang mulia ini, Allah menyinggahkan Rasulullah SAW ke Masjid al-Aqsa sebelum baginda naik ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai tanda:
1. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐๐ท๐ถ๐ฑ ๐ฎ๐น-๐๐พ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต ๐๐น๐น๐ฎ๐ต, walaupun ia belum dibina seperti hari ini dan belum dimiliki oleh umat Islam.
2. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ต๐๐ ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ป๐ฎ๐ฏ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐๐๐น ๐๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ต๐๐น๐ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐๐น๐ฎ๐บ yang baru diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW di Makkah.
3. ๐๐ง๐๐๐ฆ๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ก๐๐๐๐ฉ ๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ค๐ง๐ ๐๐ง๐๐๐ฆ๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ก๐๐๐๐ฉ ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐ช๐ฌ๐.
Maka, menjadi kewajipan seorang Muslim untuk beriman dengan seluruh nas al-Quran, bukannya hanya memberikan perhatian kepada sebahagiannya dan meninggalkan sebahagian yang lain. Semua ayat al-Quran perlu diimani dan diperjuangkan oleh orang Islam, bukan hanya ayat yang berkaitan dengan kepentingan negara atau pemimpin tertentu sahaja.
๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐ช๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ค๐๐๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฎ๐ก ๐ฅ๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ซ๐๐๐ก๐๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ค๐ค๐๐ก
Negara Arab Saudi dan 57 lagi negara Islam perlu bersuara secara tegas demi keselamatan Masjid al-Aqsa bersama-sama Kaabah dan Masjid al-Nabawi.
Namun, antara ketiga-tiga tempat suci ini, iaitu Makkah, Masjid al-Nabawi dan Masjid al-Aqsa, Masjid al-Aqsa merupakan masjid yang paling menghadapi risiko yang tinggi.
1. ๐ฅ๐ถ๐๐ถ๐ธ๐ผ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฟ๐ผ๐ฏ๐ผ๐ต akibat kekuatan tapak di bawah yang semakin lemah disebabkan penggalian berterusan sejak penjajahan British ke atas Palestin sehingga ke hari ini.
2. ๐ฅ๐ถ๐๐ถ๐ธ๐ผ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฑ๐ถ๐๐๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐๐ถ๐ป๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ธ๐๐ถ๐น ๐ฌ๐ฎ๐ต๐๐ฑ๐ถ. Masjid ini tidak pernah diiktiraf oleh pihak penjajah sebagai tempat suci umat Islam, apatah lagi sebagai sebuah masjid. Bahkan, di bawah tanah Masjid al-Aqsa telah terdapat sebahagian kawasan yang digali, dibina terowong dan kuil Yahudi untuk dijadikan tempat sembahyang Yahudi serta tempat pelancongan.
3. ๐ฅ๐ถ๐๐ถ๐ธ๐ผ ๐๐บ๐ฎ๐ ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ธ๐ถ๐ป๐๐ฎ akibat sekatan masa dan tempat. Perkara ini sedang pun berlaku, tetapi bukan sepenuhnya. Orang Islam hanya dibenarkan masuk pada waktu-waktu tertentu dalam tempoh 24 jam, itu pun amat terhad. Adapun di Masjid al-Aqsa, terdapat kawasan yang tidak boleh dimasuki seperti Pintu al-Magharibah.
Seterusnya, ada tempoh yang langsung tidak membenarkan umat Islam masuk, seperti pada hari-hari perayaan orang Yahudi dan pada bila-bila masa sahaja mengikut ketetapan kerajaan penjajah.
Contoh seterusnya adalah apabila bermulanya perang Amerika-Iran pada 28 Februari yang lalu, Masjid al-Aqsa ditutup sepenuhnya selama 40 hari, iaitu daripada 28 Februari 2026 sehingga 9 April 2026.
Namun, sedihnya, walaupun Masjid al-Aqsa telah lama dijajah sehingga ke saat ini, tiada negara yang berani memberikan perhatian dan kesungguhan untuk membebaskannya.
Ironinya juga, masjid ini pernah mengalami kebakaran yang amat teruk pada tahun 1979. Pun ketika itu, tiada siapa yang tampil untuk menyelamatkannya.
Justeru, hal ini telah disebutkan oleh bekas Perdana Menteri Israel, ๐๐ผ๐น๐ฑ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ถ๐ฟ:
โSaya tidak dapat tidur sepanjang malam. Saya takut orang-orang Arab akan datang dari segala arah dan menyerang Israel. Tetapi apabila pagi tiba dan saya melihat bahawa orang-orang Arab tidak datang, saya sedar bahawa kami berada dalam keadaan selamat.โ
Sumber kenyataan ini boleh diperdebatkan, namun makna kenyataan tersebut secara umum masih berlaku sehingga ke hari ini. Negara-negara Islam tidak berani untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa.
๐๐๐ง๐๐ซ๐ค๐๐ก ๐๐จ๐ฎ๐ญ๐ก๐ข ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐๐ก?
Jika benarlah Houthi berniat untuk menyerang Makkah, ia bukan sahaja tidak mampu menyakiti pihak berkuasa Arab Saudi, malah menguatkan lagi sokongan sekitar 2 bilion umat Islam yang menunaikan solat berkiblatkan Makkah untuk menentang Houthi.
Maka, tindakan menyerang Makkah adalah sesuatu yang tidak strategik dan tidak masuk akal untuk dilakukan.
Seterusnya, hari ini telah masuk hari kelima selepas dakwaan Makkah diserang. Sehingga kini, tiada bahan bukti kukuh yang boleh membuktikan bahawa berlaku serangan terhadap Makkah.
Manakala video yang tersebar di media sosial yang kononnya membuktikan berlakunya serangan juga adalah tidak benar kerana video tersebut dilaporkan berlaku di Madinah pada tahun yang lalu.
Seterusnya, setiap bulan lebih sejuta umat Islam melakukan umrah. Setakat ini, tiada langsung video terkini yang tersebar daripada warga dunia yang berjumlah lebih sejuta orang di sekitar Makkah semasa berlaku serangan terhadap Kaabah pada hari Selasa yang lalu.
Laporan yang tersebar hanya kedengaran bunyi siren di pelbagai telefon pintar. Sekiranya benar berlaku serangan terhadap Kaabah, di mana lebih sejuta manusia berada di sana daripada lebih seratus buah negara, sudah tentu perkara tersebut akan menyebabkan masalah yang jauh lebih besar di pelbagai peringkat.
Terakhir, Houthi sebenarnya telah menyerang fasiliti minyak di negara Arab Saudi yang merupakan nyawa dan talian hayat utama bagi negara itu.
Aramco, saluran paip, kapal pengangkut minyak dan pelbagai fasiliti, sama ada untuk memproses, mengeksport dan mengalihkan minyak daripada Pelabuhan di Selat Hormuz ke Laut Merah, telah menjadi sasaran.
Bermakna, Houthi tiada halangan untuk menyerang Kaabah dan Madinah, tetapi tidak melakukan perkara tersebut atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.
๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ
Berperang dengan Houthi bukanlah penyelesaian untuk Arab Saudi, bahkan bukan juga untuk kepentingan umat Islam sejagat.
Perang sebenar yang sedang berlaku sekarang adalah di Palestin. Di sana, terdapat penjajah yang sedang menguasai bumi suci umat Islam. Dalam masa yang sama, ia juga menguasai Amerika Syarikat.
Entiti penjajah bersama-sama Amerika inilah yang menjadi punca ketidakstabilan di rantau Arab dan mereka secara terbuka berniat untuk menguasai secara fizikal sekurang-kurangnya tujuh buah negara Islam demi merealisasikan Projek Israel Raya.
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif