Kembali

Cubaan Menawan Tentera Yahudi di Khan Younis Hampir Berjaya

Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Jul 11, 2025

Cubaan Menawan Tentera Yahudi Hampir Berjaya

Sekumpulan pejuang telah melancarkan serangan gerila terhadap pasukan darat tentera penjajah.

Dalam serangan kali ini, sebuah kereta kebal Merkava, kenderaan pengangkut Namer dan dua jentolak pengorek Volvo telah disasarkan menggunakan peluru anti-perisai Yasin 105.

Namun, yang membezakan operasi ini daripada yang lain ialah kejayaan para pejuang yang hampir berjaya menangkap seorang anggota tentera Yahudi.

Anggota terbabit merupakan pemandu kepada salah satu jentera pengorek yang disasarkan. Dalam usahanya menyelamatkan diri, dia melompat keluar dari kenderaan dan cuba melarikan diri.

Ketika itu, para pejuang telah pun menghampirinya dan melepaskan tembakan dari belakang.

Akhirnya, tentera Yahudi tersebut tumbang ke tanah dalam keadaan tidak bernyawa. Salah seorang pejuang menghampirinya lalu melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arahnya.

Senjata milik tentera itu, selaras pistol Glock 19 dan dua laras senapang raifal M16A2, diambil oleh pejuang terbabit.

Tentera Yahudi Tidak Pernah Berperang Secara Berdepan

Sejak 7 Oktober 2023 hingga kini, tentera Zi@nis dilihat tidak berani berhadapan secara langsung dengan para pejuang. Anggota tentera Yahudi ini bukan tidak bersenjata, mereka dilengkapi dengan raifal dan pistol, namun masih enggan berhadapan secara bersemuka.

Dari sudut kekuatan persenjataan, memang jelas musuh memiliki kelebihan ketara. Namun, kekurangan ketara tentera Zi@nis adalah dari segi keberanian, maklumat risikan, dan pemahaman medan pertempuran.

Sebaliknya, para pejuang yang hanya memakai selipar tanpa sebarang perisai badan, berjaya menggunakan senjata ringan seperti Yasin 105, AK-47 dan bahan letupan al-Syuaz untuk melancarkan serangan yang efektif.

Kekuatan sebenar para pejuang terletak pada semangat juang mereka yang membolehkan mereka merancang dengan teliti dan menyerang pada titik kelemahan musuh.

Dalam satu insiden dua minggu lalu, para pejuang mengejar kenderaan pengangkut Namer dan cuba memasuki kenderaan tersebut melalui pintu belakang.

Namun, anggota tentera Yahudi yang berada di dalamnya terus melarikan diri, enggan berhadapan walaupun pihak lawan hanya berselipar.

Operasi Taufan al-Aqsa selama 643 hari telah membuktikan bahawa tentera Zi@nis bersikap pengecut.

Semangat Membalas Dendam Membara

Selama 643 hari Operasi Taufan al-Aqsa, rejim Zi@nis terus membunuvh orang awam serta memusnahkan bangunan, sekolah, universiti dan infrastruktur awam lain.

Malah, hampir separuh daripada pimpinan ketenteraan pejuang al-Q2ss@m telah syahid.

Namun, hari demi hari kita menyaksikan operasi ketenteraan yang tersusun dan cemerlang daripada pihak pejuang. Seolah-olah mereka tidak menghadapi sebarang kekurangan dari segi anggota, senjata atau peluru.

Apabila peluang dibuka untuk menyertai pasukan pejuang, seramai 30,000 pemuda tampil berminat.

Ini menunjukkan kesediaan generasi muda di G@za untuk membalas dendam atas kekejaman rejim Zi@nis, walaupun mereka sendiri telah menjadi mangsa penderitaan fizikal seperti kebuluran dan kecederaan.

Tetapi apabila kita melihat pejuang ini melakukan operasi dalam keadaan kakinya masih berbalut akibat kecederaan, tangannya masih memakai IVP drip dalam medan pertempuran, kita memahami bahawa minda mereka tidak akan menjadi mangsa, sebaliknya mereka memiliki minda yang sedang menuju kemenangan walau apa jua bayarannya.

Mereka tidak menjadikan kekurangan senjata, ketiadaan sokongan geopolitik atau sikap pengecut pemimpin Islam sebagai alasan untuk menyerah. Bagi mereka, cukuplah Allah sebagai pelindung.

Krisis Moral Tentera Zi@nis

Dalam situasi ini, semakin ramai tentera Yahudi dilaporkan membunuvh diri. Menurut laporan Haaretz, seramai 15 orang membunuvh diri pada tahun 2023, 21 orang pada tahun 2024 dan 14 orang setakat ini pada tahun 2025.

Baru-baru ini, seorang anggota tentera di Kem Sde Teiman, yang baru sahaja kembali dari operasi di G@za, menembak dirinya sendiri.

Walaupun pihak atasan telah mengambil senjatanya dan mengarahkannya berehat, dia mengambil pistol milik rakannya yang sedang tidur dan menembak diri.

Insiden ini menunjukkan betapa lemahnya mental tentera Zi@nis, yang mungkin tertekan dengan kehilangan rakan-rakan, masa depan yang tidak menentu serta kurangnya pengiktirafan daripada kerajaan sendiri.

Apa Berlaku Jika G@za Mengalah?

Antara faktor utama keberanian para pejuang ialah kesedaran bahawa jika mereka berhenti berjuang, rejim Zi@nis akan melancarkan kekejaman yang lebih dahsyat.

Jika serangan dari jarak jauh sudah menyebabkan kerosakan dan penderitaan besar, apatah lagi jika mereka beroperasi dari jarak dekat?

Sekiranya G@za jatuh, penduduk akan kehilangan seluruh tanah mereka dalam sekelip mata, sebagaimana yang berlaku dalam peristiwa Nakbah 1948.

Oleh itu, tiada pilihan lain selain meneruskan operasi ketenteraan bagi membuktikan kepada d, khususnya pihak yang sedang berunding untuk gencatan senjata, bahawa jalan tentera tidak akan menguntungkan entiti Zi@nis.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Pegawai Penyelidik, Aqsa Syarif