Kembali

Barakah 7 Oktober 2023

Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Oct 8, 2025

Operasi Pejuang menyerang kubu musuh dan dua tahun Taufan al-Aqsa

“Ada lagikah orang di sana?” Saya bertanya kepada orang dalam juga dalam gerakan perjuangan ketenteraan di Gaza. Dua tentera Yahudi gugur di dalam rumahnya yang terletak Qasasib, utara Gaza.

“Mereka lepaskan roket menyerang Zionis daripada sana (Bait Hanun)”, jawab beliau daripada Gaza. Namun beliau memberitahu juga, beberapa anggota pejuang juga turut syahid minggu lalu ketika berada di dalam terowong. Semoga Allah merahmati mereka. Allah telah memberikan mereka kemanisan beribadah dengan berjihad, kini Allah takdirkan mereka berehat di syurga Allah.

Di paling selatan juga, adanya Rafah yang telah hancur. Namun hampir setiap minggu ada sahaja laporan tentera musuh yang gugur ditembak sniper, diletupkan dan dicederakan kesan serangan para pejuang.

Operasi Khan Younis

Di atasnya, Timur Khan Younis, pada 20 Ogos lalu, para pejuang telah melaksanakan, bukan sahaja serangan hendap, tetapi penguasaan penuh terhadap beberapa kubu musuh dengan menggunakan pelbagai pendekatan menyebabkan beberapa anggota musuh gugur dan cedera dan aset kenderaan musuh turut banyak yang dilumpuhkan.

Walaupun pihak musuh menguasai sepenuhnya langit Gaza untuk meninjau dan melancarkan serangan udara, tetapi terbukti mereka tidak dapat mengusai jalan bawah tanah. Dalam video yang disiarkan, pihak pejuang menunjukan mereka muncul daripada lubang terowong berdekatan kubu musuh dan pulang semula pada terowong yang berbeza.

Pada penganalisis operasi menyebutkan hanya berlaku setengah jam sahaja. Operasi terbahagi kepada lima fasa.

1.      Serangan pertama dilakukan terhadap lokasi kubu tentera infantri dan beberapa kereta kebal Merkava 4 yang berfungsi sebagai penjaga kubu. Serangan dilakukan dengan menggunakan Syuaz dan RPG Yasin 105

2.      Serangan seterusnya disusuli dengan serangan gerila terhadap beberapa buah rumah yang didiami oleh tentera musuh dengan menggunakan enam peluru RPG dan peluru raifal.

3.      Seiring dengan itu, pasukan tentera pejuang lain melancarkan serangan terhadap musuh secara bersemuka di dalam kubu musuh sendiri dengan menggunakan Raifal dan grenad.

4.      Susulan daripada itu, pasukan pejuang pulang ke kubu selamat. Untuk memastikan mereka pula dengan selamat, sekumpulan lain pula pasukan pejuang menghujani kubu musuh dengan peluru mortar.

5.      Apabila sampai sahaja pasukan penyelamat musuh ke lokasi pertempuran, salah seorang pasukan pejuang meletupkan dirinya dalam kalangan musuh menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang gugur dan alami kecederaan.

Dalam video operasi Khan Younis tersebut, salah seorang pejuang ada menyebutkan bahawa dalam ilmu ketenteraan semua tahu bahawa kepentingan menggunakan kelebihan lokasi medan tempur, masa dan jarak.

Namun ada bagi pejuang di Gaza, Abu Ibrahim (Yahya al-Sinwar) turut menambah sebuah lagi elemen penting dalam ketenteraan al-Qasssam iaitu:

“اليقين بنصر الله”

"Yakin dengan pertolongan Allah"

Penulis yakin, elemen inilah yang memandu segala kejayaan para pejuang. Ia juga yang memberikan kekuatan dan keyakinan untuk berhadapan dengan musuh.

Ketahuilah bahawa di dalam medan tempur, yang lari dan bersikap pengecut itu ialah tentera Yahudi. Mereka takut dengan penembak tepat al-Qassam, bahan letupan al-Syuaz yang ditanam atas jalan dan tembakan RPG Yasin 105. Oleh sebab itu, mereka hanya meninjau menggunakan drones atau dengan menaiki kereta berperisai seperti Namer dan Merkava.

Sebab yang sama jugalah kenapa pihak rejim Zionis selama 730 gagal untuk mengembalikan walaupun seorang tebusan. Kerana mereka tiada langsung keberanian untuk bertempur dengan musuh secara berhadapan.

Dua tahun Taufan al-Aqsa yang penuh barakah

Beberapa tahun sebelum Taufan al-Aqsa, Abu Ibrahim pernah sebut dua objektif peperangan yang mereka akan lancarkan:

1. Rejim Zionis akan dikenakan hukuman antarabangsa.

2. Dunia akan mengasingkan dirinya dari rejim Zionis.

Dua tahun dengan penuh kesabaran dan pengorbanan, tercapai kedua-dua objektif tersebut seperti yang disebutkan. Netanyahu telah pun dikelauarkan waran tangkapan ke atasnya di mahkamah antarabangsa ICJ dan beliau pun sekiranya pergi ke Belgium, UK dan banyak lagi negara Eropah sah untuk ditangkap.

Seterusnya dunia secara fizikal telah memulaukan rejim Zionis. Dari peringkat individu, masyarakat dan pemimpin. Dari segi individu dan masyarakat, kempen boikot dan perhimpunan aman sememangnya meningkat dengan sangat mendadak. Kini, lebih 600 individu menyertai misi pelayaran menuju ke bumi Gaza.

Di peringkat pemimpin pula, bulan lalu adanya gelombang pengiktirafan Palestin dalam persidangan PBB. Dalam persidangan sama juga, Netanyahu ditinggalkan sehingga seolah-olah berucap seorang diri apabila lebih 70 wakil negara meninggalkan dewan. Kini, kerajaan Perancis, Jerman, Itali, UK dan banyak lagi sedang ditekan teruk rakyatnya sendiri dengan perhimpunan di jalanan untuk membenarkan kapal flotilla sampai bumi Palestin.

Memang benar banyak nyawa yang terkorban dan kehancuran bangunan yang tidak terkira banyaknya. Namun ini hanyalah sebuah episod sepanjang 78 tahun penjajah ke atas Palestin. Mentaliti orang Palestin ini berbeza. Dalam peperangan mereka masih melahirkan ramai anak. Sebelum peperangan jauh lebih banyak.

Ini kerana mereka tahu anak-anak mereka akan bina semula negara mereka. Anak mereka akan berkahwin dan akan melahirkan pula generasi pejuang seterusnya sehingga Palestin merdeka. Segala kehancuran yang mereka hadapi bukanlah kerugian, tetapi pengorbanan mereka demi perjuangan. Mereka reda dengan jalan ini. Sebab itulah kita tidak pernah lihat mereka menyalahkan pasukan perjuangan atau pun takdir Tuhan.

Orang beranggapan Netanyahu takut dengan AK-47 atau RPG Yasin 105 atau apa sahaja senjata yang dimiliki dan dibina oleh pejuang Palestin. Sebenarnya musuh paling takut dengan orang Palestin sendiri. Kewujudan orang Palestin yang beriman dan bersabar itulah ancaman kepada keselamatan dan keamanan musuh. Sebab itulah mereka beria-ria mahu halau orang Gaza keluar daripada tanah air mereka.

Perjuangan ini belum tamat dan tiada makna keamanan sehingga Palestin merdeka sepenuhnya. Walaupun tercapai gencatan senjata insya Allah dalam tempoh terdiri hasil rundingan yang sedang berlaku di Mesir ketika ini, ia hanyalah rezeki daripada Allah SWT untuk membenarkan kerehatan kepada orang Gaza untuk bangkit semula tanpa dibedil oleh rejim Zionis.

Semoga Allah merahmati Abu Ibrahim, Abu Al-‘Abd, Abu Khalid dan ramai lagi. Terima kasih kerana berjuang untuk Palestin dengan harga yang teramat tinggi.

 Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

7/10/2025