Kembali

Baitul Maqdis Akan Merdeka pada Tahun 2027?

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Oct 8, 2026

๐๐š๐ข๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐š๐ช๐๐ข๐ฌ ๐€๐ค๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•?

Sebahagian ulama tafsir kontemporari dan berautoriti seperti Syaikh Solah al-Khalidi, Syaikh Fadl Abbas, Dr. Ahmad Naufal, Syaikh Sulaiman al-Asyqar dan ramai lagi beranggapan bahawa pembebasan Baitul Maqdis daripada penguasaan Bani Israel telah termaktub dalam Surah Bani Israel (nama ini turut digunakan bagi Surah al-Israk).

Kemuncak perbahasan ilmiah berkaitan pembebasan Baitul Maqdis daripada surah ini berpandukan firman Allah SWT pada ayat ketujuh:

โ€œ(Kami bangkitkan pula musuh-musuh kamu) untuk memalukan dan menghinakan kamu, dan untuk memasuki Masjid (Baitulmaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama, serta untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka kuasai.โ€

Ayat ini menggambarkan tiga langkah kekalahan Bani Israel.

Pertama, Bani Israel di Baitul Maqdis akan diperangi oleh hamba-hamba Allah yang beriman. Perang ini tidak mengakibatkan genosid terhadap mana-mana manusia, tetapi Bani Israel akan tewas secara ketenteraan sehingga jatuh air muka mereka.

Selepas itu, hamba-hamba Allah yang beriman ini akan membuka semula Masjid al-Aqsa, sebagaimana ia dibuka pada kali pertama oleh Khalifah Umar al-Khattab.

Terakhir, segala kesombongan dan keangkuhan mereka akan diruntuhkan sehancur-hancurnya.

Selain ayat yang mulia di atas, terdapat beberapa hadis sahih yang turut memberikan jaminan daripada Baginda SAW sendiri bahawa Baitul Maqdis akan dibebaskan. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW:

โ€œHitunglah enam perkara yang akan berlaku sebelum datangnya Hari Kiamat: kematianku, kemudian pembukaan Baitulmaqdisโ€ฆโ€

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Hadis tersebut telah direalisasikan dalam dua pembukaan besar Baitul Maqdis, iaitu pada zaman Khalifah Umar al-Khattab dan kemudiannya pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi.

Walaupun jaminan tersebut datang daripada Rasulullah SAW sendiri, kedua-dua pembukaan tersebut tetap berlaku melalui kekuatan ketenteraan, penglibatan pemimpin dan tentera yang bertakwa, pengorbanan, perjalanan yang panjang, kehilangan nyawa dan harta serta pelbagai lagi cabaran.

Daripada dua dalil di atas dan perbahasannya yang sangat panjang, para ulama menyatakan bahawa pembukaan Baitul Maqdis merupakan sesuatu yang pasti akan berlaku. Bagaimana ia berlaku turut dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai prinsip dan panduan.

Kaedah pembukaan Baitul Maqdis pada zaman Khalifah Umar dan Panglima Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah berbeza, tetapi kedua-duanya berpegang pada prinsip yang sama.

Kini, berbaki persoalan: bilakah pembebasan itu akan berlaku untuk zaman sekarang? Adakah pada tahun 2027? Adakah 7 Oktober 2023 merupakan permulaan kepada jalan pembebasan ini?

Persoalan tentang bilakah datangnya kemenangan sebenarnya telah disentuh dalam al-Quran. Bahkan, persoalan ini turut dilontarkan oleh para rasul dan orang-orang yang beriman.

Firman Allah SWT:

โ€œAdakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:

โ€˜Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?โ€™ Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.โ€

(Surah al-Baqarah, ayat 214)

Menariknya, terdapat penjelasan daripada seorang sarjana tafsir, Dr. Khader Qazaq, tentang pengertian โ€œpertolongan Allah itu dekatโ€ seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Pertolongan Allah tidak semestinya bermaksud kemenangan total ke atas musuh. Sebaliknya, pertolongan Allah turut merangkumi keteguhan, kesabaran, reda dan kemampuan untuk meneruskan perjuangan. Kesemua ini merupakan tanda bahawa orang-orang yang diuji tersebut tidak kalah dan tidak tewas dalam menghadapi musibah yang mereka alami.

Daripada pemahaman prinsip di atas, maka tidak semestinya perlu menunggu tahun 2027 untuk P4lestin merdeka. Hal ini kerana orang P4lestin sendiri, sama ada di Tebing Barat, G4za mahupun Tanah 1948 (atau yang dikenali sebagai Israel), masih bersabar, teguh dan istiqamah dalam meneruskan perjuangan.

Ini juga termasuk antara tanda-tanda kemenangan menurut ajaran Islam.

Manakala musuh pula, mereka sendiri seolah-olah berada dalam keadaan terdesak dan menunggu kekalahan total. Dunia semakin meninggalkan mereka. Negara sekutu mereka sendiri pun semakin membenci mereka. Negara yang tidak berkawan dengan mereka pula dianggap sebagai musuh.

Mereka terus melakukan pembunuhan tanpa henti kerana menganggap diri mereka sentiasa berada dalam keadaan terancam dan nyawa mereka dalam bahaya. Pada masa yang sama, mereka sentiasa berbelanja besar kepada syarikat media sosial bagi memastikan naratif global terus menyebelahi mereka.

Menariknya, keadaan ini turut diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, yang pernah menyebut bahawa โ€œIsrael mungkin tidak lagi wujud sebelum ulang tahun ke-80.โ€

Moga-moga semua perkembangan positif ini merupakan hasil daripada pengorbanan, perjuangan dan kesabaran rakyat Palestin di Gaza selama lebih 1,000 hari.

Sebelum diberikan ganjaran pahala di akhirat, perkembangan-perkembangan ini sekurang-kurangnya telah menggembirakan hati dan perasaan mereka. Pada akhirnya, segala perancangan Allah merupakan perkara ghaib. Hanya Allah SWT yang mengetahui segala perancangan-Nya pada masa hadapan dan memberikan ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang beriman.

Berbalik kepada persoalan utama: adakah Baitul Maqdis akan merdeka pada tahun 2027?

Hakikatnya, tarikh tersebut merupakan satu jangkaan yang dinisbahkan kepada Syaikh Ahmad Yassin, pengasas gerakan Hamas. Beliau mempunyai asas dan latar belakang tertentu dalam membuat jangkaan tahun 2027 berdasarkan sejarah Bani Israel dalam Surah al-Maidah, yang digandingkan dengan sejarah moden Palest1n sejak zaman penjajahan British.

Perkara ini akan dinukilkan dengan lebih lanjut dalam penulisan yang akan datang.

Namun, pemilihan tarikh ini bukanlah wahyu atau sesuatu yang qatโ€˜i (pasti). Bahkan, berpegang sepenuhnya kepada tarikh tersebut juga tidak tepat kerana dalil-dalil yang digunakan bersifat zanni, iaitu dalil tidak memberikan kepastian yang mutlak.

Sekiranya benar berlaku, maka ia merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sekiranya tidak berlaku, ia sedikit pun tidak mengurangkan kedudukan Syaikh tersebut.

Seperti yang disebutkan pada awal penulisan, walaupun telah dijamin pembebasan Baitul Maqdis oleh Rasulullah SAW, Sayyidina Umar tetap menghantar tentera untuk membebaskan Baitul Maqdis.

Ini bererti pembebasan tidak berlaku secara percuma dan mudah. Ia tetap tertakluk kepada sunnatullah, iaitu aturan Allah SWT untuk memenangi sesuatu pertempuran.

Dalam erti kata lain, umat Islam perlu mempunyai kekuatan ketenteraan, ekonomi, kepimpinan dan kesatuan untuk menghadapi musuh.

Contohnya, apabila Panglima Salahuddin al-Ayyubi memegang tampuk pemerintahan di Mesir, baginda tidak terus memerangi tentera Salib bagi membebaskan Masjid al-Aqsa yang telah berpuluh-puluh tahun berada di bawah penguasaan mereka sehingga telah pun digunakan sebagai sebuah gereja.

Sebaliknya, baginda terlebih dahulu menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di Syria, Mesir, Yaman dan wilayah-wilayah lain. Termasuk dalam usaha penyatuan ini ialah berperang dengan umat Islam sendiri yang menjadi pembelot dan pengkhianat terhadap perjuangannya.

Setelah keadaan menjadi lebih kukuh dan memenuhi keperluan, barulah bermula operasi pembebasan Baitul Maqdis.

Itu pun tidak terhenti setakat itu sahaja. Selepas pembebasan, kerajaan Ayyubiah masih berperang dalam menghadapi beberapa misi besar tentera Salib yang cuba merampas kembali Baitul Maqdis melalui kekuatan ketenteraan.

Daripada pembebasan kepada pertahanan, sehinggalah ke zaman Khilafah Uthmaniyyah, bumi suci Baitul Maqdis dipertahankan dengan darah dan harta para murabitin, iaitu mereka yang datang untuk menjaga dan mempertahankan bumi suci tersebut dari seluruh dunia.

Berdasarkan penerangan di atas, sepatutnya persoalan utama dalam fikiran pembaca bukanlah โ€œbilakah tahun Palestin akan dimerdekakan?โ€, tetapi โ€œsejauh manakah umat Islam bersedia untuk membebaskan Baitul Maqdis?โ€

Persediaan ini termasuklah penyediaan generasi yang beriman, kekuatan ketenteraan, kepimpinan, ekonomi, kesatuan dan pelbagai aspek yang lain.

Semoga penulisan ini dapat menjawab persoalan berkaitan pembebasan Baitul Maqdis pada tahun 2027.