Kembali

Anak berjuang di medan dengan senjata, manakala bapa berjuang melalui jalan diplomasi

Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Dec 4, 2025

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐨𝐰𝐨𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐡?

Seorang lagi pejuang gugur di jalan Allah ketika mempertahankan maruah agama dan tanah air daripada penjajah.

Beliau ialah Abdullah Ghazi Hamad, anak kepada salah seorang pimpinan utama kumpulan pejuang H4M.4S, iaitu Ghazi Hamad. Ayahnya juga hampir terbunuh akibat pembedilan pesawat udara penjajah pada 9 September 2025 di Doha, Qatar.

Anak berjuang di medan dengan senjata, manakala bapa berjuang melalui jalan diplomasi. Kedua-duanya berjuang di jalan Allah serta berdepan risiko dibunuh pada bila-bila masa. Inilah kisah perjuangan H4M.4S yang berjuang dengan seikhlas hati demi memperoleh keredaan Allah dan memerdekakan tanah air daripada penjajahan.

Abdullah Ghazi Hamad dan rakan-rakannya yang turut syahid bersamanya bukan sahaja berjuang sehingga gugur dibedil musuh, tetapi mereka juga terperangkap di Rafah entah sejak berapa tahun atau bulan. Komunikasi terputus, makanan dan minuman sangat terhad, dan bantuan kemanusiaan pula hampir mustahil diperoleh.

Sebenarnya mereka diberikan pilihan untuk keluar dari Rafah dengan selamat. Wakil Amerika Syarikat terbang dari Washington ke Tel Aviv untuk menawarkan laluan keluar yang selamat dengan syarat mereka menyerahkan senjata.

Namun bagi para pejuang di Rafah, itu bukanlah jalan untuk mencari keselamatan, sebaliknya mengaku kalah dan menyerah diri.

Pihak pejuang mengeluarkan sekali lagi kenyataan akan pendirian mereka pada 27 November 2025 yang lalu:

ليس في قاموسنا الاستسلام

“𝑇𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑎𝑚𝑢𝑠 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑘𝑢 𝑘𝑎𝑙𝑎ℎ.”

Penegasan daripada pimpinan H4M.4S, Husam Badran juga menyebut:

“Ini adalah mustahil. Pejuang kami tidak akan menyerah diri. Entiti penjajah mahu mencipta senario kemenangan (dengan keluarnya 200 pejuang daripada terowong) yang mereka tidak berjaya capai sejak dua tahun peperangan. Tetapi mereka gagal, dan mereka akan terus gagal.”


𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧: 𝐍𝐞𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐡𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝟐𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐡?

Dilihat dari kaca mata manusia biasa yang hanya memikirkan kelangsungan hidup, para pejuang di Rafah tampak seakan tiada pilihan selain mengaku kalah. Mereka tidak mempunyai peluru yang cukup, sumber makanan dan minuman amat terhad, serta tiada apa-apa kelebihan ketenteraan.

Sedangkan musuh memiliki segala-galanya, kekuatan teknologi, persenjataan dan pertahanan.

Namun dari kaca mata seorang mukmin, pihak yang sebenarnya tiada pilihan ialah entiti penjajah. Para pejuang, selama mana mereka tabah dan sabar, tetap mempunyai peluang untuk menang dan memerdekakan tanah air.

Segala ujian yang mereka lalui Allah ganjarkan dengan pahala, ketenangan jiwa dan bantuan Ilahi yang tidak terjangkau oleh akal manusia.

Sekiranya mereka syahid, insya-Allah, Allah menerima kematian mereka sebagai syahid. Mereka telah menang di dunia sebagai pejuang yang bertahan di terowong selama dua tahun, menggugurkan ramai tentera musuh yang lengkap persenjataan, memusnahkan ratusan kenderaan berperisai, serta meraih sokongan dunia, bukan lagi sekadar sokongan kemanusiaan, tetapi sokongan terhadap gerakan penentangan (“resistance”).

Di Jepun, ada anak muda memakai seragam seperti Abu Ub.@.idah; di Amerika Syarikat, majoriti Gen Z sudah menyokong gerakan HMS.

Itu kemenangan di dunia. Di akhirat pula, Allah menjanjikan ganjaran yang jauh lebih besar bagi mereka yang syahid di jalan-Nya. Nikmat syurga, rakaman suasana mereka, bahkan kata-kata mereka di syurga turut disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai inspirasi kepada kita semua.

Firman Allah SWT:


وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati; (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;


فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudara mereka) orang-orang (Islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, iaitu bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik), dan mereka pula tidak akan berdukacita.


يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ


Mereka bergembira, mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan balasan nikmat daripada Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah) bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Ali ‘Imran: 169–171)


𝐀𝐩𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚?

Baru-baru ini, 54 pasangan telah berkahwin secara besar-besaran dalam sebuah majlis di G@.za. Hospital al-Syifa dibuka semula dengan wajah baharu setelah dibaik pulih. Universiti Islam G@.za, sekolah dan tadika kembali dibuka. Kehidupan seakan kembali normal walaupun pembedilan masih berlaku setiap hari.

Kisah tidak mengaku kalah bukanlah kisah 200 pejuang di Rafah sahaja, tetapi kisah seluruh rakyat PlestIn. Perjuangan mereka akan terus hidup sehingga PlestIn merdeka sepenuhnya.

Namun persoalan untuk kita di Malaysia ialah:

Adakah kita mampu terus berdoa, menyumbang harta dan berhimpun untuk menunjukkan sokongan seperti tahun lalu?

Ujian G@.za ialah ujian iman kita juga. Semoga Allah memberi ketabahan kepada kita semua untuk terus berkhidmat demi agama dan umat Islam.