Kembali
𝐌𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐈𝐃𝐅 𝐃𝐢𝐭𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐮𝐛𝐮 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢: 𝐒𝐢𝐦𝐛𝐨𝐥 𝐊𝐞𝐠𝐚𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐣𝐚𝐡
Megat Aiman Hakimbin Megat Shariffudin
Nov 6, 2025

Asaf Hamami, merupakan antara individu berpangkat tertinggi dalam IDF yang pernah diambil sebagai tebusan dalam sejarah.

Menurut sumber pejuang, beliau mengalami kecederaan ketika ditawan pada 7 Oktober sebelum dibawa masuk ke G_za. Semalam dilaporkan bahawa mayatnya telah dikembalikan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata.
Menariknya, mediamusuh melaporkan bahawa mayat tentera ini ditemui di timur Khan Younis, iaitu di kawasan kubu musuh sendiri. Ini bermakna, sepanjang hampir dua tahun, mayat tersebut berada di bawah kawalan tentera Zi_n_s sendiri, namun mereka tidak berupaya menemuinya.
Perkara ini sekali lagi menunjukkan kegagalan pihak penjajah mengesan tebusan, sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Bahkan, tebusan yang berada di kawasan kawalan mereka selama dua tahun pun tidak dapat dijumpai, meskipun mereka memiliki kelebihan teknologi canggih seperti dron, satelit, dan unit perisikan dalaman.
Sehubungan dengan itu, hal ini menunjukkan kecekapan Unit Bayang daripada pihak pejuang yang telah menjaga tebusan dengan sebaik-baiknya, sama ada yang hidup atau telah mati.
Selama dua tahun, mereka menggunakan segala kebijaksanaan untuk melindungi para tebusan, bahkan lebih mengutamakan nyawa tebusan berbanding nyawa mereka sendiri. Ini kerana jika tebusan menjadi sasaran pengeboman, mereka juga berisiko terkorban bersama tebusan tersebut.
Seperti yang dimaklumkan oleh Abv Ub_idah, para pejuang mendapati bahawa pihak penjajah telah membedil kawasan yang dikenal pasti mempunyai tebusan. Bagi musuh, tebusan yang telah mati lebih diingini berbanding tebusan yang masih hidup kerana kehadiran tebusan hidup menambah tekanan kepada Netanyahu untuk menghentikan peperangan seperti yang dituntut oleh rakyatnya sendiri.

Hal ini juga membuktikan janji pihak pejuang bahawa tiada tebusan akan dikembalikan kepada musuh melainkan dengan izin mereka. Ironinya, mayat tentera berpangkat tinggi yang berada berhampiran kubu musuh sendiri pun gagal ditemui oleh mereka.
Selain itu, baru-baru ini Amerika Syarikat dan pihak musuh sendiri mengakui kewujudan pasukan pejuang di garisan kuning dan meminta mereka berundur dari kawasan tersebut. Garisan itu meliputi Rafah, Khan Younis, dan kawasan utara G_za. Ini bermakna, dakwaan pihak penjajah kononnya mereka telah menguasai kira-kira 75% wilayah G_za adalah tidak benar dan jauh daripada realiti.
Hal ini kerana seluruh kawasan pertempuran di G_za, dari utara hingga selatan, termasuk kawasan yang dikatakan kubu musuh sendiri, masih wujud pasukan pejuang sama ada di permukaan atau di dalam terowong.
Dianggarkan jumlah pejuang yang masih berbaki di Rafah ketika ini ialah sekitar 200 hingga 300 orang.

Ekoran itu, negara penjamin seperti Turkiye telah memohon agar dibenarkan kemasukan tentera antarabangsa bagi memastikan keselamatan pasukan pejuang yang berlindung di dalam terowong Rafah untuk keluar dengan selamat.
Sukar dibayangkan bagaimana mereka mampu bertahan berbulan-bulan di dalam terowong tanpa bekalan air dan makanan, sedangkan untuk bergerak bebas pun hampir mustahil. Semua ini tidak lain hanyalah pertolongan Allah SWT yang tidak terjangkau oleh akal manusia biasa.
Buat masa ini, gencatan senjata telah diceroboh lebih 126 kali oleh pihak musuh. Lebih 150 orang telah syahid akibat pembedilan, termasuk puluhan kanak-kanak dan lebih 153 tan bahan letupan untuk membedil G_za. Namun, satu pun daripada pelanggaran ini tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, apatah lagi untuk menghukum Netanyahu atas jenayahnya.
G_za masih dikepung dan diserang dengan bahan letupan serta oleh kumpulan penjenayah bersenjata seperti Yaser Abu Syabab, Husam al-Astal dan Asyraf al-Mansi.
Justeru, usaha membela nasib P_lestin mesti diteruskan dan diperkukuh dengan kesedaran bahawa musuh juga masih berterusan mengg_nas bersama sekutu-sekutu mereka seperti Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif