Kembali
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐ฅ๐ข ๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง๐๐ข: ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ญ ๐๐จ๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐ซ๐ฎ๐ฆ๐ฉ
Jul 9, 2026

Sepatutnya, apabila diketahui Mojtaba Khamenei, yang sering disebut-sebut sebagai pengganti Ali Khamenei, tidak kelihatan di majlis pengebumian Ali Khomenai, ia menjadi berita yang menggembirakan Donald Trump.
Hal ini kerana keadaan tersebut seolah-olah menguatkan dakwaan bahawa Amerika Syarikat telah berjaya membunuh pemimpin nombor satu Iran selepas Ali Khamenei.
Namun, apa yang turut berlaku ialah kehadiran jutaan rakyat Iran di Qom bagi menunjukkan solidariti kepada pentadbiran Iran serta menzahirkan kesedihan mereka atas kematian Ali Khamenei.
Reaksi Donald Trump pula sehingga menyatakan, "Saya kira rakyat Iran membencinya. Mungkin itu hanyalah air mata palsu."

Jika sekadar beberapa ribu orang berkumpul, mungkin masih ada yang boleh mendakwa ia sekadar propaganda atau paksaan kerajaan. Namun, apabila jutaan manusia memenuhi bandar, sukar untuk mendakwa semuanya berlaku secara paksaan. Sumber media Iran menyebut sekitar 12 juta orang hadir. Ada laporan lain menyatakan lapan juta, manakala ada juga yang menganggarkan sehingga 20 juta orang.
Berapa pun jumlah sebenar yang hadir, ia tetap memberikan isyarat bahawa sebahagian besar rakyat Iran masih bersama pentadbiran negara mereka, khususnya dalam mempertahankan tanah air daripada campur tangan dan ancaman kuasa asing seperti rejim Zionis dan Amerika Syarikat.
Kesatuan ini sebenarnya telah dapat dilihat sejak hari-hari awal peperangan lagi. Ramai wanita yang tidak berhijab, berfikiran liberal atau berpakaian tidak menutup aurat turut berhimpun di dataran bagi menyatakan sokongan kepada negara mereka.
Beberapa temu bual juga mendapati bahawa ramai rakyat tidak semestinya menyokong Mojtaba Khamenei ataupun pegangan Syiah yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan Iran.
Sebaliknya, mereka lebih terdorong oleh semangat mempertahankan tanah air daripada campur tangan dan penjajahan kuasa asing.
Satu lagi faktor yang menyatukan rakyat Iran dalam menentang Amerika Syarikat ialah strategi ketenteraan negara itu yang dilihat menyerupai pendekatan tentera rejim Zionis.
Serangan yang mengorbankan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah menimbulkan kemarahan rakyat. Antaranya ialah serangan terhadap Sekolah Kanak-kanak Perempuan Menab pada peringkat awal peperangan yang dilaporkan mengorbankan lebih 170 kanak-kanak.
Selain itu, lebih 3,468 orang awam turut dilaporkan terbunuh. Serangan juga menyasarkan rumah penduduk, jambatan, sekolah, hospital dan pelbagai kemudahan awam yang lain. Keadaan ini mengingatkan ramai pihak kepada penjajahan Iraq pada tahun 2003.
Semua ini akhirnya menggagalkan matlamat asal pentadbiran Amerika Syarikat pada Disember lalu. Ketika itu mereka mendakwa ingin menyelamatkan rakyat Iran daripada rejim pemerintah, memulihkan kestabilan dan mengembalikan keamanan.
Namun, realiti di lapangan memperlihatkan keadaan yang jauh berbeza sehingga rakyat Iran semakin bersatu dalam menghadapi tekanan Amerika Syarikat.
๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐๐, ๐๐๐ก๐ซ๐๐ข๐ง ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ฐ๐๐ข๐ญ ๐๐ข๐๐๐ค ๐๐๐๐ข๐ซ?
Dari sudut geopolitik pula, perkembangan ini turut memberikan lebih banyak isyarat kegagalan kepada Donald Trump.
Tidak dapat dinafikan bahawa Iran telah melancarkan serangan terhadap beberapa negara jirannya seperti Oman, Qatar, Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu. Hubungan diplomatik antara negara-negara tersebut dengan Iran dilhat tegang kerana serangan itu jelas mencabar kedaulatan negara yang terlibat.

Iran telah memberikan alasan bahawa serangan tersebut bertujuan melumpuhkan kekuatan ketenteraan Amerika Syarikat, bukannya untuk memutuskan hubungan diplomatik atau mencipta lebih banyak musuh.
Namun demikian, negara-negara Teluk tidak dapat menerima penjelasan tersebut dan tetap menganggap Iran telah melanggar kedaulatan negara jiran. Sekiranya benar hubungan diplomatik mereka terputus sepenuhnya, sudah tentu pihak yang paling gembira ialah Donald Trump dan rejim Zionis.
Perpecahan sesama negara Islam sentiasa menjadi keuntungan kepada musuh dan kelemahan kepada umat.
Justeru, berkaitan kehadiran negara-negara Teluk di majlis rasmi pengebumian Ali Khamenei pula, ia boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama ialah negara yang menghantar delegasi rasmi seperti Arab Saudi, Qatar dan Oman, selain lebih 100 delegasi dari pelbagai negara lain. Kehadiran mereka memberi isyarat bahawa hubungan Iran dengan ketiga-tiga negara tersebut masih mempunyai ruang untuk diperbaiki.
Kumpulan kedua pula ialah negara yang tidak menghantar wakil langsung seperti Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.
Ketiadaan wakil dari UAE dan Bahrain bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kedua-dua negara ini menerima antara serangan Iran yang paling banyak berbanding negara Teluk lain. Tambahan pula, kedua-duanya telah menormalkan hubungan dengan rejim Zionis (normalisasi) melalui Perjanjian Abraham. Ini bermakna mereka kini mempunyai hubungan politik, ketenteraan, ekonomi dan sosial yang rasmi dengan rejim tersebut.
Manakala Kuwait pula turut antara negara yang terbanyak menerima serangan daripada Iran termasuk dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Keadaan ini juga tidak menghairankan kerana Kuwait menjadi tuan rumah kepada kira-kira 13,500 anggota tentera Amerika Syarikat, iaitu antara penempatan kem tentera Amerika yang terbesar di Asia Barat. Selain itu, Kuwait turut membenarkan beberapa pangkalan udaranya digunakan oleh tentera udara Amerika Syarikat.
Oleh sebab itu, tidak menghairankan jika ketiga-tiga negara ini memilih untuk tidak hadir dan tidak menunjukkan sebarang usaha memperbaiki hubungan diplomatik dengan Iran. Kelihatannya, mereka lebih memilih untuk mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan rejim Zionis berbanding memperbaiki hubungan dengan jiran serantau yang telah wujud sejak ribuan tahun dahulu.
Kesimpulannya, Donald Trump dilihat gagal dalam pusingan kali ini. Kegagalan tersebut bukan sahaja dari sudut ketenteraan untuk mencapai apa-apa objektif yang telah disasarkan, bahkan turut melibatkan aspek diplomatik apabila Iran tidak berjaya diasingkan sepenuhnya daripada negara-negara jirannya.
Diharapkan kegagalan ini berterusan sehingga akhirnya rejim Zionis turut mengalami kekalahan, seterusnya membuka jalan kepada pembebasan Palestin.
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif