Kembali
๐๐ก๐๐ฅ๐ข๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐๐ฒ๐ฒ๐๐ก ๐๐ข๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐๐๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฌ: ๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ซ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Jul 23, 2026

๐๐ก๐๐ฅ๐ข๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐๐ฒ๐ฒ๐๐ก ๐๐ข๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐๐๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฌ: ๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ซ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ
Hamas baru sahaja memilih pemimpin baharunya melalui sistem pengundian dalaman.
Nama yang dipilih ialah Khalil al-Hayyah, yang mengatasi Khaled Misyal dengan kelebihan satu undi.
Proses ini menunjukkan Hamas mempunyai mekanisme pemilihan yang tersusun, dilaksanakan secara profesional dan berasaskan syura dalam menentukan kepimpinan. Anggota yang dipilih pula terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang pendidikan serta pengalaman dalam memimpin organisasi.
Walaupun yang dipilih ialah al-Hayyah, seluruh kepimpinan dan anggota Hamas terus bergerak secara berkumpulan dengan visi dan misi yang sama.
Pengkritik di Israel berpandangan bahawa pemilihan al-Hayyah sebagai pemimpin baharu memberi isyarat bahawa Hamas masih mampu berfungsi secara efektif sebagai sebuah organisasi walaupun berdepan tekanan ketenteraan dan diplomatik yang berterusan. Mereka turut berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang dipilih untuk memimpin Hamas tetap mendukung ideologi dan matlamat perjuangan yang sama.
Sebahagian penganalisis pula melihat pemilihan al-Hayyah sebagai petanda bahawa Hamas tidak akan meletakkan senjata sebagaimana yang dituntut oleh rejim Zionis.
Beliau merupakan antara tokoh yang dilihat tegas mempertahankan prinsip tersebut.
Walau bagaimanapun, pembentukan struktur kepimpinan baharu Hamas ini turut menunjukkan kegagalan rejim Zionis untuk menghapuskan organisasi tersebut walaupun selepas lebih dua tahun menjalankan operasi ketenteraan dan tekanan diplomatik.
Perlu difahami bahawa matlamat rejim Zionis bukan sekadar mengalahkan Hamas, tetapi memusnahkannya sebagai sebuah gerakan dengan membunuh seramai mungkin anggotanya serta melumpuhkan keupayaannya sebagai badan perjuangan pembebasan Palestin.
Namun, perkembangan terkini menunjukkan matlamat tersebut masih belum berjaya dicapai.
๐๐ฅ-๐๐๐ฒ๐ฒ๐๐ก, ๐๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฎ๐ก๐๐๐
Khalil al-Hayyah bukanlah sekadar seorang pemimpin biasa. Beliau dilahirkan di wilayah Syuja'iyyah, Gaza, yang kini hampir diratakan sepenuhnya oleh rejim Zionis.
Sepanjang kehidupannya, beliau mendedikasikan diri untuk memperjuangkan agama dan tanah air. Beliau juga merupakan graduan pengajian Islam sehingga memperoleh ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Islam Sudan.
Perjuangan untuk Palestin bukanlah percuma. Ia dibayar dengan nyawa dan darah. Keempat-empat anak beliau terbunuh akibat serangan rejim Zionis sehingga beliau digelar Abu Syuhada.
Hamzah pada tahun 2008.
Usamah pada tahun 2014.
Hammam pada tahun 2025.
Azzam pada tahun 2026.
Cubaan Membunuh al-Hayyah di Doha
Beliau sendiri menjadi sasaran cubaan pembunuhan pada September 2025 ketika berada di Doha. Serangan tersebut dilaporkan menggunakan bahan letupan berkuasa tinggi yang mampu meruntuhkan keseluruhan bangunan sasaran.
Namun, dengan izin Allah, beliau bersama rakan-rakan perjuangannya terselamat daripada serangan tersebut.
Dalam keadaan itu, beliau tetap meneruskan perjuangan melalui saluran diplomasi di peringkat antarabangsa bagi memastikan cita-cita pembebasan Palestin terus diperjuangkan.
๐๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง
Pada 22 Julai 2026, al-Hayyah menyampaikan ucapan sulungnya selepas dipilih sebagai ketua Hamas.
Beliau menegaskan bahawa dirinya akan meneruskan jalan perjuangan yang telah dirintis oleh para pemimpin terdahulu, bermula daripada Syeikh Ahmad Yassin sehingga kepada pemimpin terakhir, Yahya al-Sinwar.
Jalan perjuangan tersebut berpaksikan ajaran Islam, mempertahankan maruah umat dan tidak sesekali menggadaikan hak rakyat Palestin.
Dalam ucapan tersebut, al-Hayyah turut menegaskan bahawa perjuangan pembebasan Palestin hari ini merupakan kesinambungan daripada al-Thawrah al-Buraq (1922) dan al-Thawrah al-'Arabiyyah al-Kubra (1936).
Ertinya, perjuangan membebaskan Palestin telah berlangsung hampir satu abad.
Tiada siapa yang mengetahui melainkan Allah bilakah perjalanan ini akan berakhir. Adakah tahun 2026 merupakan penghujung perjuangan, pertengahannya atau sekadar satu lagi permulaan.
Masjid al-Aqsa pernah berada di bawah pendudukan tentera Salib selama 88 tahun sebelum dibebaskan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Hari ini pula, Masjid al-Aqsa masih berada di bawah penjajahan Zionis selama 56 tahun sejak tahun 1967.
Dalam keadaan Gaza hampir diratakan sepenuhnya, Tebing Barat terus dijajah dan lebih lapan juta rakyat Palestin masih hidup sebagai pelarian di luar tanah air mereka.
Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa rejim Zionis kini berhadapan dengan tekanan yang semakin besar daripada sudut ekonomi, ketenteraan, politik dalaman serta kedudukannya di peringkat antarabangsa.
Perjalanan perjuangan ini panjang, dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui bilakah rakyat Palestin akan mencapai kemenangan mutlak serta bilakah rejim Zionis akan menerima kekalahan yang memalukan.
๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ณ๐, ๐๐๐ญ๐๐ฉ๐ข ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ง
Al-Hayyah turut menegaskan bahawa perjuangan Hamas adalah untuk mempertahankan seluruh bumi Palestin, termasuk Tebing Barat, Gaza, Baitulmaqdis dan Tanah 1948 yang kini dikenali sebagai Israel.
Beliau menolak sebarang rancangan yang mengurangkan hak rakyat Palestin ke atas tanah air mereka.
Menurut beliau, keutamaan pada ketika ini ialah memastikan segala bentuk serangan, pengeboman dan keganasan rejim Zionis dihentikan. Semua tindakan tersebut jelas mencabuli perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui.
Al-Hayyah turut menyeru masyarakat antarabangsa agar bertindak dengan lebih tegas bagi memastikan gencatan senjata benar-benar dilaksanakan serta kehidupan rakyat Gaza dapat dipulihkan dengan bermaruah.
Sehingga kini, rejim Zionis telah melakukan hampir 4,000 pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata sehingga mengorbankan lebih seribu nyawa, termasuk Azzam al-Hayyah, anak beliau sendiri, beberapa bulan yang lalu.
๐๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐๐ง
Sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin Hamas bukanlah jaminan bahawa penjajahan akan berakhir dalam masa terdekat. Memang benar al-Hayyah mempunyai hubungan yang baik dengan Mesir, Turkiye, Rusia dan beberapa negara lain.
Namun, tanggungjawab membebaskan Palestin bukan terletak di bahu Hamas semata-mata. Hamas hanyalah salah satu gerakan perjuangan yang mewakili sebahagian daripada rakyat Palestin.
Sudah tentu al-Hayyah berkemungkinan menjadi sasaran cubaan pembunuhan sekali lagi. Hal ini kerana pentadbiran rejim Zionis melihat seluruh anggota Hamas sebagai pengganas, manakala Amerika Syarikat terus memberikan sokongan kepada dasar tersebut.
Oleh itu, amat penting bagi negara-negara penjamin serta dunia Islam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam membantu rakyat Palestin.
Sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Hayyah, perjuangan membebaskan Palestin bukan sekadar tuntutan politik.
Ia merupakan tuntutan persaudaraan dalam Islam serta tanggungjawab kemanusiaan yang harus dipikul oleh seluruh masyarakat dunia.
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif