Kembali

๐€๐ง๐๐š๐ข ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐€๐– ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ข๐ญ๐š, ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐š๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ค๐ฎ ๐๐ข ๐†๐š๐ณ๐š ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐š๐๐š๐š๐ง ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š ๐ข๐ง๐ข, ๐ฆ๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ค๐š๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ซ๐ž๐๐š๐ง๐ฒ๐š?

Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Sep 5, 2025

Andai Rasulullah SAW Bersama Kita, Mampukah Kita Mendapat Redanya?

Dalam Islam, amal ibadah boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Sudut pertama ialah pembahagian ibadah khusus atau umum. Ibadah khusus ialah ibadah yang telah ditentukan oleh syarak bagaimana dan bila ia boleh dilakukan seperti solat, haji dan puasa.  Kategori seterusnya ialah ibadah umum yang bermaksud apa sahaja perbuatan yang dilakukan kerana Allah dengan cara yang diredaiNya.

Sudut pembahagian ibadah ini adalah paling mudah untuk difahami. Selain itu, ia adalah nilai keindahan Islam yang cukup istimewa kerana seluruh kehidupan seorang muslim boleh dikaitkan dengan Allah SWT.

Hubungan dengan Allah, Nabi Muhammad SAW dan sesama manusia

Dari sudut lain, ibadah seorang muslim boleh dikaitkan berdasarkan hubungannya dengan Allah, Nabi Muhammad SAW dan sesama muslim yang lain.

1.      Hubungan dengan Allah

Ibadah yang dilakukan di atas hubungan seorang hamba dengan Allah. Ia termasuk ibadah umum dan khusus. Contohnya berdoa kepada Allah, kerana Allah sahaja yang memustajabkan segala doa yang dipinta oleh hambaNya. Selain daripada itu, terdapat ibadah yang ditaklifkan hanya kerana Allah.

Contoh daripada sebuah potong hadis:

 ูƒู„ ุนู…ู„ ุงุจู† ุขุฏู… ู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ุตูŠุงู…ุ› ูุฅู†ู‡ ู„ูŠ ูˆุฃู†ุง ุฃุฌุฒูŠ ุจู‡

"Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa; sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2.      Hubungan dengan Nabi Muhammad SAW.

Ibadah yang didirikan oleh seorang hamba yang berkaitan dengan hubungannya dengan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan yang dipilih Allah, nabi dan rasul terakhir. Seperti selawat ke atas baginda, mengikuti sunnah dan mencintai baginda lebih daripada semua makhluk yang ada di atas dunia ini.

Sabda Rasulullah SAW:

ู„ุง ูŠูุคู’ู…ูู†ู ุฃุญุฏููƒู… ุญุชู‰ ุฃูƒูˆู†ูŽ ุฃุญุจู‘ูŽ ุฅู„ูŠู‡ ู…ู† ูˆู„ุฏูู‡ูุŒ ูˆูˆุงู„ุฏูู‡ูุŒ ูˆุงู„ู†ุงุณู ุฃุฌู…ุนูŠู†ูŽ

โ€œTidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan seluruh manusia.โ€ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud cinta daripada hadis ini bukanlah hanya daripada perasaan sahaja, tetapi ia perlu diterjemahkan kepada amalan dan prinsip hidup.

3.      Hubungan sesama manusia

Ibadah yang didirikan oleh seorang hamba yang berkaitan dengan sesama manusia. Seperti menjaga hubungan yang baik bersama jiran, anak-anak, pelanggan, saudara seagama dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, Nabi Muhammad juga mengaitkan menjaga nilai persaudaraan dengan keimanan yang merupakan kunci untuk memasuki syurga Allah.

Sabda Rasulullah SAW:

 ู„ุง ูŠุคู…ู† ุฃุญุฏูƒู… ุญุชู‰ ูŠุญุจ ู„ุฃุฎูŠู‡ ู…ุง ูŠุญุจ ู„ู†ูุณู‡

"Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Refleksi apa yang berlaku di Gaza

Ketiga-tiga hubungan ini perlulah dijaga dan diambil sepenuhnya. Meninggalkan salah satunya merupakan kelompangan besar dalam akidah seorang muslim. Tidak boleh seorang muslim hanya menjaga hubungannya dengan Allah dan Nabi Muhammad SAW, tetapi meninggalkan saudaranya dizalimi tanpa berbuat apa-apa.

Sebagai contoh, jika seorang muslim rajin menunaikan solat di dalam masjid dan tidak pernah meninggalkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sepanjang masa. Tetapi dalam masa yang sama, tidak ambil tahu tentang perkembangan saudara seagama di Gaza. Ini adalah sesuatu yang mesti dielakkan.

Dalam sebuah hadis sahih, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa, baginda lebih suka membantu saudaranya menyelesaikan hajat beliau daripada beriktikaf di dalam Masjid Masjid Nabawi yang dimuliakan, bahkan solat di dalamnya mendapat pahala 1000 kali ganda pahala solat.

Sabda Rasulullah SAW:

ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุงู„ู†ุงุณู ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฃู†ูุนูู‡ู… ู„ู„ู†ุงุณูุŒ ูˆุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุงู„ุฃุนู…ุงู„ู ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนุฒู‘ูŽ ูˆุฌู„ู‘ูŽ ุณุฑูˆุฑูŒ ุชูุฏุฎูู„ูู‡ ุนู„ู‰ ู…ุณู„ู…ูุŒ ุชูŽูƒุดููู ุนู†ู‡ ูƒูุฑุจุฉู‹ุŒ ุฃูˆ ุชู‚ุถููŠ ุนู†ู‡ ุฏูŽูŠู’ู†ู‹ุงุŒ ุฃูˆ ุชูŽุทุฑูุฏู ุนู†ู‡ ุฌูˆุนู‹ุงุŒ ูˆู„ุฃูŽู†ู’ ุฃู…ุดูŠูŽ ู…ุน ุฃุฎู ููŠ ุญุงุฌุฉูุ› ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅู„ูŠู‘ูŽ ู…ู† ุฃู† ุฃุนุชูƒูููŽ ููŠ ู‡ุฐุง ุงู„ู…ุณุฌุฏู -ูŠุนู†ูŠ: ู…ุณุฌุฏูŽ ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉู- ุดู‡ุฑู‹

โ€œOrang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia. Dan amalan yang paling disukai oleh Allah โ€˜Azza wa Jalla ialah kegembiraan yang kamu masukkan ke dalam hati seorang Muslim, atau kamu hilangkan daripadanya suatu kesusahan, atau kamu bayarkan untuknya suatu hutang, atau kamu hilangkan daripadanya kelaparan.

Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudara (untuk membantu) dalam satu keperluan (ุญุงุฌุฉู), lebih aku cintai daripada beriktikaf di masjid ini (yakni Masjid Nabawi) selama sebulan.โ€ (Disahihkan oleh Albani)

Sekiranya dengan membantu seorang saudara memenuhi keperluannya lebih disukai baginda SAW daripada beriktikaf di dalam Masjid Nabawi selama sebulan, bagaimana pula dengan membantu penduduk Gaza seramai dua juta penduduk yang majoritinya tidak mampu memenuhi keperluan untuk hidup sebagai seorang manusia biasa? Sudah tentu lebih lagi dituntut dalam syarak.

Oleh itu, membantu mendapatkan keperluan tempat tinggal, makanan, minuman, ubat-ubatan, pakaian dan sebagainya untuk penduduk Gaza hari ini sepatutnya menjadi keutamaan bagi seorang pencinta Nabi Muhammad SAW.

Larangan Meninggalkan Saudara Seagama

Sabda Rasulullah SAW:

ุงู„ู…ุณู„ู… ุฃุฎูˆ ุงู„ู…ุณู„ู…ุ› ู„ุง ูŠุธู„ู…ู‡ุŒ ูˆู„ุง ูŠุฎุฐู„ู‡ุŒ ูˆู„ุง ูŠุญู‚ุฑู‡ 

โ€œOrang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain; dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya (dalam kesusahan), dan tidak menghinanya.โ€ (Hadis Muslim)

Dalam hadis di atas menyebutkan tentang larangan meninggalkan saudara seagama, namun apa yang sedang apa yang berlaku hari ini jauh lebih daripada itu. Penduduk Gaza hari ini, mereka bukan sahaja ditinggalkan, malah dikhianati oleh saudaranya yang seagama.

Sebahagian pemimpin muslim memberi sedikit bantuan keperluan kepada penduduk Gaza, namun seiring dengan itu, masih menyediakan bantuan ekonomi, peralatan senjata, perlindungan politik untuk pihak penjajah dan menyekat hak kebebasan rakyat awam untuk memberikan sokongan kepada perjuangan ummah.

Ia boleh dikira sebagai pengkhianatan kerana memanjangkan nyawa pihak penjajah untuk meneruskan kezaliman mereka ke atas orang Islam.

Firman Allah SWT:

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฑู’ูƒูŽู†ููˆุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุธูŽู„ูŽู…ููˆุง ููŽุชูŽู…ูŽุณู‘ูŽูƒูู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ูˆูŽู…ูŽุง ู„ูŽูƒูู… ู…ู‘ูู† ุฏููˆู†ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽูˆู’ู„ููŠูŽุงุกูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ุชูู†ุตูŽุฑููˆู†ูŽ

โ€œDan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolonganโ€. (Surah Hud: 113)

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis qudsi:

ูŠุง ุนุจุงุฏูŠ ุฅู†ู‘ููŠ ุญุฑู‘ูŽู…ุชู ุงู„ุธู‘ูู„ู…ูŽ ุนู„ู‰ ู†ูุณูŠ ูˆุฌุนู„ุชูู‡ู ุจูŠู†ูŽูƒู… ู…ุญุฑู‘ูŽู…ู‹ุง ูู„ุง ุชูŽุธุงู„ู…ูˆุง โ€œ

"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku, dan Aku jadikannya haram antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.โ€ (Sahih Riwayat Muslim)

Berselindung di sebalik slogan Islam agama keamanan tanpa syarat

Tambahan daripada itu, apa yang lebih menyedihkan ialah sebahagian pemimpin Islam menggunakan sebahagian nas ayat al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW untuk menghalalkan perdamaian antara negara penjajah dan negara Islam.

Mereka menggunakan ayat al-Quran yang menegaskan Islam adalah agama rahmah dan kisah ketika baginda SAW pernah hidup berjiran dengan orang-orang Yahudi di Madinah dalam keadaan aman damai. Mereka juga menampilkan sebahagian para sarjana Islam, mufti dan pendakwah terkenal untuk menanam pemikiran ini dalam minda umat Islam.

Namun itu bukanlah naratif yang tepat mengikut ajaran Islam. Islam bukanlah agama yang lemah dan membiarkan umat Islam terus ditindas tanpa tentangan. Islam membenarkan peperangan dan menggunakan senjata sebagai wasilah untuk menegakkan kalimah Allah dan keadilan tetapi dengan undang-undang yang berasaskan nilai kemanusiaan dan Ihsan.

Nabi Muhammad sendiri terlibat dalam banyak peperangan dalam sepanjang hidup baginda. Kemudian diteruskan oleh para sahabat al-Rasyidin demi melawan kezaliman dan menegakkan kalimah Allah.

Kalau betullah mahu mengambil baginda SAW sebagai idola, ambil sepenuhnya sunnah baginda sama ada dalam keadaan aman atau dalam situasi peperangan.

Sabda Rasulullah SAW:

ูุฅู†ู‘ูŽู‡ ู…ูŽู† ูŠูŽุนูุดู’ ู…ู†ูƒู… ูุณูŠูŽุฑูŽู‰ ุงุฎุชูู„ุงูู‹ุง ูƒุซูŠุฑู‹ุงุŒ ูุนู„ูŠูƒู… ุจุณูู†ู‘ูŽุชูŠ ูˆุณูู†ู‘ูŽุฉู ุงู„ุฎูู„ูŽูุงุกู ุงู„ุฑู‘ูŽุงุดูุฏูŠู†ูŽ ุงู„ู…ูŽู‡ู’ุฏููŠู‘ููŠู†ูŽุŒ ุนูŽุถู‘ููˆุง ุนู„ูŠู‡ุง ุจุงู„ู†ู‘ูŽูˆุงุฌูุฐู

โ€œSesungguhnya sesiapa yang hidup selepas (wafat) aku nanti, maka dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafaโ€™ ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham (pegangan yang kuat).โ€ (Disahihkan oleh Albani, Sahih Abu Daud)

Benar Nabi Muhammad SAW berbaik-baik dengan orang Yahudi di Madinah, tetapi baginda juga melancarkan peperangan ke atas Kabilah Yahudi Quraizhah, Nadhir dan beberapa lagi. Bukan sebab bencikan kaum mereka, tetapi pengkhianatan mereka terhadap baginda dan kezaliman yang terhadap umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW dalam peperangan melawan Yahudi dari Kabilah Bani Quraizhah:

"ุญูŽูƒูŽู…ูŽ ูููŠู‡ูู…ู’ ุณูŽุนู’ุฏู ุจู’ู†ู ู…ูุนูŽุงุฐูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูุญู’ูƒูู…ู ูููŠู‡ูู…ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูู‚ู’ุชูŽู„ูŽ ู…ูู‚ูŽุงุชูู„ูู‡ูู…ู’ุŒ ูˆูŽุชูุณู’ุจูŽู‰ ุฐูŽุฑูŽุงุฑููŠู‘ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽู†ูุณูŽุงุคูู‡ูู…ู’ุŒ ูˆูŽุชูู‚ูŽุณู‘ูŽู…ู ุฃูŽู…ู’ูˆูŽุงู„ูู‡ูู…ู’ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ๏ทบ: ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุญูŽูƒูŽู…ู’ุชูŽ ูููŠู‡ูู…ู’ ุจูุญููƒู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ููŽูˆู’ู‚ู ุณูŽุจู’ุนู ุณูŽู…ูŽุงูˆูŽุงุชู."

Saโ€™ad bin Muโ€™adh telah membuat keputusan terhadap Bani Quraizah, beliau berkata: โ€œAku memutuskan bahawa para lelaki mereka dibunuh, wanita dan anak-anak mereka dijadikan tawanan, dan harta mereka dibahagikan.โ€ Maka Rasulullah ๏ทบ bersabda: โ€œSungguh, kamu telah membuat keputusan dengan hukum Allah dari atas tujuh langit.โ€ (Sahih Bukhari dan Muslim)

Apa lagi yang boleh dilakukan untuk bantu Gaza berlandaskan sunnah Rasulullah SAW?

Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan banyak perkara dalam usaha menjadi individu muslim yang berkualiti dan kuat demi perjuangan agama dan ummah.

Sabda Rasulullah SAW:

ุงู„ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุงู„ู’ู‚ูŽูˆููŠู‘ู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ูˆุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุงู„ุถู‘ูŽุนููŠููุŒ ูˆูููŠ ูƒูู„ู‘ู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ 

โ€œOrang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun, pada kedua-duanya ada kebaikanโ€ (Hadis Riwayat Muslim)

Untuk membantu Gaza, sebenarnya kita semua telah tahu yang hendak dilakukan. Ia telah ditulis, diceramahkan dan seumpamanya selama hampir dua tahun. Sumbangan harta, penyebaran melalui media sosial dan secara bersemuka, menyertai aktiviti fizikal seperti demonstrasi aman dan menyertai juga gerakan antarabangsa seperti Global Sumud Flotilla, Freedom Flotilla, Sumud Nusantara dan banyak lagi.

Namun, untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, dengan semua usaha yang disebutkan, sebaiknya dilaksanakan berlandaskan dua prinsip supaya ia lebih efektif dan berkualiti:

1.      Ketekunan

Sabda Rasulullah SAW:

ุฅู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุชุนุงู„ู‰ ูŠูุญูุจู‘ู ุฅุฐุง ุนู…ูู„ูŽ ุฃุญุฏููƒู…ู’ ุนู…ู„ู‹ุง ุฃู†ู’ ูŠูุชู‚ูู†ูŽู‡ู

"Sesungguhnya Allah Taโ€˜ala menyukai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan, dia melakukannya dengan tekun (iaitu dengan sebaik-baiknya)." (Hadis Riwayat al-Tabarani, Sahih di sisi Albani)

2.      Berterusan (bukan bermusim)

Sabda Rasulullah SAW:

ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุงู„ุฃุนู…ุงู„ู ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฃุฏู’ูˆู…ูู‡ุง ูˆุฅู† ู‚ูŽู„ู‘ูŽ

โ€œAmalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan, walaupun sedikit.โ€ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga penulisan ini mampu memberikan pedoman dan panduan untuk mengikuti Sunnah Rasulullah SAW dalam usaha membantu penduduk Gaza.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif