Kembali

๐€๐ง๐š๐ค ๐Š๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐‡๐š๐ฆ๐š๐ฌ ๐’๐ฒ๐š๐ก๐ข๐

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

May 8, 2026


Semalam terdapat satu lagi percubaan rejim Zionis untuk membunuh Azzam al-Hayyah melalui serangan udara. Beliau merupakan anak kepada Khalil al-Hayyah, ketua biro politik Hamas.

Pada awalnya, Azzam dilaporkan mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di hospital. Selepas beberapa jam, beliau dilaporkan syahid akibat kecederaan kritikal yang dialaminya.

Bukan beliau sahaja yang gugur, bahkan bersama beliau sekitar lima orang lagi telah syahid dan mengalami kecederaan.

Tindakan ini merupakan isyarat jelas daripada penjajah untuk menekan Hamas agar berhenti daripada memperjuangkan isu Palestin. Pihak penjajah, seperti biasa, tidak akan berunding melalui diplomasi, sebaliknya menggunakan keganasan dan pembunuhan tanpa henti.

Walau bagaimanapun, Khalil al-Hayyah menyatakan bahawa ia adalah satu penghormatan baginya. Tindakan rejim penjajah ini juga merupakan sambungan kepada cubaan membunuh pimpinan utama Hamas di Doha pada 9 September tahun lalu.

Dalam cubaan tersebut, salah seorang anak beliau bernama Hammam al-Hayyah telah syahid, menjadikan jumlah anak-anak beliau yang syahid seramai empat orang.

โ€ข Hamzah syahid pada tahun 2008.
โ€ข Usamah syahid pada tahun 2014.
โ€ข Hammam syahid pada tahun 2025.
โ€ข Azzam syahid pada tahun 2026.

Hal ini menunjukkan satu bentuk pengorbanan besar yang ditunjukkan oleh para pemimpin Hamas. Walaupun mereka berada di luar Gaza dan berjuang melalui saluran diplomasi di pelbagai negara, anak-anak dan keluarga mereka masih berada di Gaza serta menghadapi situasi yang sama seperti penduduk awam di sana.

Lebih daripada 60 ahli keluarga besar Ismail Haniyeh dan Yahya al-Sinwar telah syahid akibat serangan rejim penjajah. Begitu juga setiap pimpinan Hamas dari Gaza yang terlibat di meja rundingan, mereka semua kehilangan anak-anak dan ahli keluarga akibat serangan musuh.

Khalil al-Hayyah menegaskan bahawa ancaman seperti ini gagal dan tidak akan berjaya menghentikan usaha pembebasan tanah air mereka. Sebagaimana pihak penjajah telah membunuh Syaikh Ahmad Yasin, diikuti Dr Abdul Aziz al-Rantisi sehingga Yahya al-Sinwar, namun ia tetap tidak dapat membantutkan usaha pembebasan tanah air.

Begitu juga pembunuhan anak-anak pimpinan tidak akan memberi kesan terhadap perjuangan mereka.

๐‘๐ž๐š๐ค๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐š๐ค๐ฐ๐š๐š๐ง

Khalil al-Hayyah menyatakan bahawa anaknya sama seperti anak-anak Gaza. Sebagaimana masyarakat Gaza menghadapi kematian setiap hari, begitulah juga anak-anak para pemimpin.

Reaksi sama turut ditunjukkan oleh Ismail Haniyeh ketika menerima berita kesyahidan tiga orang anak dan beberapa orang cucunya pada Hari Raya Aidilfitri. Kata beliau:

ุฏู…ุงุก ุฃุจู†ุงุฆูŠ ู„ูŠุณุช ุฃุบู„ู‰ ู…ู† ุฏู…ุงุก ุฃุจู†ุงุก ุดุนุจู†ุง ุงู„ุดู‡ุฏุงุก ููŠ ุบุฒุฉ

โ€œDarah anak-anak saya tidaklah lebih mahal berbanding darah anak-anak syuhada di Gaza.โ€

Manakala anak kepada Azzam al-Hayyah juga menyatakan sesuatu yang cukup memberikan inspirasi:

โ€œSaya akan sentiasa berada di jalan ini, saya akan sentiasa menghafal al-Quran dan saya tidak akan meninggalkan solat.โ€

Reaksi adik-beradik dan ibu Azzam al-Hayyah juga sama, iaitu memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas penghormatan yang diberikan. Jenazah al-Syahid diusung dengan laungan takbir dan slogan perjuangan yang ditujukan kepada pihak penjajah.

Sekali lagi, hal ini menunjukkan sokongan masyarakat setempat terhadap perjuangan tersebut. Ini kerana terbukti bahawa keluarga pimpinan hidup seperti penduduk awam. Mereka merasai apa yang dirasai akibat penjajahan Zionis. Perkara ini juga menafikan naratif propaganda yang menyatakan bahawa pimpinan Hamas hidup bermewah-mewah di Doha dan Istanbul serta selamat daripada ancaman.

Dalam sebuah temu ramah bersama Al Jazeera, Khalil al-Hayyah pernah menyebutkan:

โ€œKepada yang bersedia untuk menjadikan dirinya sebahagian daripada projek pembebasan, dia mesti bersedia untuk mengorbankan diri, harta dan anak-anaknya. Kalau tidak, bermakna dia belum mampu untuk berjuang.โ€

Hakikatnya, bukan hanya empat orang anak Khalil sahaja yang telah terkorban. Anak saudara, cucu, adik-beradik dan ramai lagi ahli keluarganya telah syahid sejak tahun 2008.

Namun begitu, dengan segala ujian yang dihadapi, objektif suci pembebasan tanah air seperti yang diperintahkan Allah sentiasa menjadi keutamaan dan pegangan.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai penyelidik Aqsa Syarif